Awang Adek Perasan Bakal MB Kelantan Kena Jawab Soalan Cek Ini Dulu


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/483188_10150934401457312_425815625_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/581960_10150934402897312_1593014786_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/417704_10150934404502312_46760347_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/376447_10150934406462312_481215013_n.jpghttp://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/376454_10150934398562312_2083135081_n.jpg

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Yb Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera Merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, terhadap 2 keping cek yang ditunaikan ke akaun beliau yang bernombor : 03080002286059 pada tanggal 6 Dec 2010.

Sekeping cek bernilai RM 50.000.00 dan cek kedua bernilai RM 30.000.00 . Nilai yang didepositkan sejumlah RM 80.000.00 ke akaun beliau sewaktu beliau menggalas jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera Merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia adalah suatu yang sangat diragui dan perlukan penjelasan.

Justeru beliau yang disebut sebagai pemimpin yang mahu dinobatkan oleh UMNO dan BN sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau terlebih dahulu mestilah bersih dan dilihat bersih dari sebarang skandal rasuah atau apa jua elemen yang merosakkan nilai integritinya sebagai pemimpin.

Kami tegas mahukan penjelasan daripada beliau. Apakah terdapat elemen rasuah ? dan untuk apa sejumlah ini wang ditunaikan ke akaun peribadi beliau dalam satu masa ?

 Beliau mesti jujur dan tampil berani membuat penjelasan jika tiada apa - apa yang bertentangan dengan undang - undang dan etika serta nilai integriti sebagai penjawat awam.

No comments

Powered by Blogger.