Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012
Malam ini merupakan malam terakhir Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012. Bermula 6 hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malaysia.
Buat Duit Dengan Denaihati
Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000
Berikut merupakan keputusan rasmi MTQA ke 54 (2012).
BAHAGIAN QARI
1. Muhammad Anuar Ghazali [MALAYSIA] 95.33 markah
2. Amin Pouya Ameer [REP. IRAN] 91.67 markah
3. Raden Harmoko Bahruddin [INDONESIA] 90.16 markah
4. Ahmad Muhammad Al-Khalidi [MAGHRIBI] 89.84 markah
5. Ahmad Mailud Syawish [ALGERIA] 88.68 markah
BAHAGIAN QARIAH
1. Hasnaa’ Muhammad Khoulali [MAGHRIBI] 94.00 markah
2. Rahmawati Bakri Hunawa [INDONESIA] 94.00 markah
3. Hjh. Che Aminah Che Awang [MALAYSIA] 94.00 markah
4. Dayang Nurfaezah Hj. EmranNEG. [BRUNEI DARUSSALAM] 85.33 markah
5. Mashitah Ibrahim [THAILAND]
No comments
Post a Comment