Seperti Dijangka, Gambar Rosmah Makan Dalam Polistrin Dirakam
KUALA LUMPUR 8 Julai - Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor 'lupa diri' dengan kekayaan yang dimilikinya kini ternyata berbeza realiti sebenar.
Situasi ini dapat dibuktikan pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi hari ini.
Beliau (Rosmah) berkeras untuk makan menggunakan bekas makanan polistren walaupun urusetia ingin memberikan pinggan kepadanya.
Beliau makan dalam bekas polistren sama seperti dengan tetamu lain yang hadir pada program tersebut.
Selain itu, beliau juga kelihatan tidak kekok untuk bergaul dengan kaum wanita yang hadir dan kelihatan begitu mesra melayani mereka.
Sehubungan itu, bukti ini jelas menangkis segala tohmahan sesetengah pihak yang sering menyebarkan perkara yang tidak elok mengenai beliau....
No comments
Post a Comment