Rafizi Digari. Antara Dua Darjat.


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/304776_452705831429363_990676527_n.jpg

 http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/08/rafizi.jpg?_cfgetx=img.rx:600;img.ry:500;

SHAH ALAM 1 OGOS: Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan NFC.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.

Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Sehubungan itu, satu dana sumbangan untuk membantu kos ikat jamin dan guaman kedua-dua mereka dilancarkan serta merta.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun:

Oversight & Whistleblower Sdn Bhd
MAYBANK 562441603039

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia kerana mendedahkan butiran penyelewengan perbankan National Feedlot Corporation (NFC) yang dikendalikan oleh suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan ini mengaitkan keluarga Shahrizat dengan menyalah guna dana berjumlah RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

2 comments

MariaCassiopeia Somewhere on earth said...

Kita bersama mereka yang membela rakyat terbanyak bukan membela seseorang individu sehingga menjadi kaya raya di atas kesusahan rakyat dan menindas rakyat terbanyak !! Takbir..!!Allahuakbar..

MariaCassiopeia Somewhere on earth said...

Kami bersama mereka yang ditindas dan dianiaya...Selamatkan Rafizi...

Powered by Blogger.