Umno bohong isu kehadiran Israel

(Oleh Nrotul Ilham)

SHAH ALAM 29 November: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan pembohongan Umno berhubung penafian mereka tentang kehadiran delegasi Israel di Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur 4 hingga 8 Jun lalu.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ia adalah taktik Umno untuk mengaburi rakyat, sedangkan bukti delegasi Israel tertera dalam senarai kehadiran, sebelum data itu ditukar kepada Belanda.

“Ubahsuai yang dibuat Umno tidak boleh mengelak daripada rakyat yang aktif menggunakan internet melalui carian google.

“Pada 25 Mei 2012, sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari Israel kepada Belanda.

“Ubah suai ini dibuat oleh Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk tidak memaparkan ada delegasi dari Israel,” katanya pada sidang media di bangunan SUK, di sini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendedahkan surat kerajaan mendapatkan bantuan Israel dengan melobi untuk sokongan cadangan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan tersebut dan membantu negara memenangi jawatan Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) bagi sesi 2009-2012.

Turut didedah, kerajaan menawar secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke IGU di Tianjin, China dengan restu Wisma Putra.

“MGA telah berbohong dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar bagi menghadiri persidangan.

“Kita mencabar kerajaan untuk dedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012, iaitu tarikh tutup pendaftaran yang dibuat melalui bank transfer payment.

“Selepas tarikh tutup, sekretariat menyenaraikan pula senarai delegasi di mana salah seorang delegasi, Han Peter Doorneweert iaitu Pengurus Kormesial LNG Development dari Noble Energy, sebuah syarikat beroperasi di Israel,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fariz desak supaya Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengadakan siasatan dalaman secara telus kerana beberapa kakitangan kanan Petronas turut terlibat dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.

“Ia demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.

“Ini bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan Zionis kerana boleh menghakis kepercayan kakitangan Petronas keseluruhannya,” ujar Fariz.

1 comment

UMNO PARTI PENJARA said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

Powered by Blogger.