Brazil singkir Chile dengan penalti
Brazil terpaksa melalui detik mendebarkan apabila memerlukan penentuan sepakan penalti sebelum dapat menyingkirkan Chile di peringkat 16 pasukan dengan keputusan 3-2.
Penentuan sepakan penalti terpaksa diadakan selepas kedua pencabar dari Amerika Selatan itu terikat 1-1 dalam masa sebenar perlawanan di Estadio Mineirao.
Mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, skuad Selecao bagaimanapun dianggap bernasib baik cubaan saat akhir tambahan masa Mauricio Pinilla sekadar 'mencium' palang.
Brazil marah ke suku akhir selepas Julio Cesar menyelamatkan dua tendangan sebelum tendangan terakhir yang diambil Gonzalo Jara singgah di tiang untuk membolehkan Brazil layak.
Sebelum itu Alexis Sanchez memadamkan gol pendahuluan Brazil yang dirakamkan pada minit ke-18 menerusi David Luiz.
Kecekapan pengadil, Howard Webb juga teruji apabila beliau bertindak berani membatalkan gol Hulk yang terlebih dahulu didakwa terkena tangannya.
No comments
Post a Comment