Enam dari MCA dan Gerakan dilantik menteri kabinet baru
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam menteri baru dalam barisan kabinet dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.
Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan sebagai Menteri Pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, Senator Lee Chee Leong bakal memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong selaku Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Perdana Menteri menyifatkan perubahan dalam kabinet ini diperlukan untuk memantapkan Barisan Nasional (BN) dan beliau gembira parti MCA dan Gerakan kembali ke dalam kabinet.
Ia juga sejajar hasrat kerajaan untuk membentuk pasukan jitu dalam pentadbiran dan kepimpinan rakyat.
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan Jumaat ini di Istana Negara.
No comments
Post a Comment