Dendam AS terbalas
Amerika Syarikat (AS) berjaya memadam luka dua edisi lalu apabila John Brooks muncul wira untuk jaringan kemenangan 2-1 ke atas Ghana.
Clint Dempsey hanya memerlukan 10.89 saat untuk menembusi pintu gol Black Stars, gol terpantas kelima Piala Dunia serta turut mencipta sejarah baru sebagai pemain AS pertama yang menjaringkan gol dalam tiga temasya berbeza.
Pada minit ke-21, malang menimpa penyerang sasa AS, Jozy Altidore yang terbaring di atas padang ekoran masalah hamstring dan terpaksa ditukarkan dengan Aron Johannsson.
Sejurus selepas itu, Dempsey terpaksa mendapatkan rawatan di luar akibat pendarahan hidung akibat disepak John Boye.
Di akhir separuh masa pertama, Sulley Muntari dan Jermaine Jones sempat bercakaran tetapi situasi kembali reda tanpa layangan kad.
Anak buah Kwesi Appiah memperkemaskan permainan mereka dan mula melakukan hantaran lebih berbahaya ke dalam kotak penalti lawan pada babak kedua.
Ghana tidak pernah bangkit dalam perlawanan Piala Dunia selepas ketinggalan, namun mereka keras untuk memadamkan rekod buruk itu apabila melancarkan serangan bertali arus yang diketuai Asamoah Gyan.
Walaupun bahagian tengah mereka tidak cukup begitu kreatif, Ghana merekodkan 25 dalam perjalanan untuk ke Brazil.
Tetapi tonggak yang diharapkan, Gyan membazir beberapa peluang menarik.
Wakil Afrika itu kemudian menukar percaturan dengan memasukkan Kevin Prince-Boateng dan pemain paling berpengalaman, Michael Essien namun masih belum cukup untuk melepasi halangan terakhir AS, Tim Howard.
Penantian Ghana akhir berakhir dengan penyudah kencang Andre Ayew pada m82.
Perlawanan menjadi lebih rancak selepas itu kerana kedua pasukan sedar, hanya tiga mata akan mencerahkan peluang mereka dalam Kumpulan G yang turut dihuni Jerman dan Portugal.
Bagaimanapun pada m86, John Brooks meremukkan hati penyokong Ghana apabila lonjakan tinggi lalu tandukkannya menggegar gawang gol lawan.
No comments
Post a Comment