Ini kisah 2 Tok Guru. Doakan kesihatan mereka berdua.



Ini kisah 2 Tok Guru. Doakan kesihatan mereka berdua.

1. Tuan Guru Mursyidul Am PAS.

Wsp YB Dato' Che Lah :

Ana sempat menziarahi Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz di wad HUSM Kbg Kerian pagi tadi. Disamping bertanya kan khabar di Mekah khususnya mengenai cuaca disana, beliau begitu bersemangat bertanyakan beberapa perkembangan semasa seperti kurma yg berbuah di beberapa tempat di Kelantan, perkembangan penternakan kelulut dan perkembangan bidang Bioteknologi di negeri ini. Beliau begitu gembira apabila diberitahu berkenaan perasmian Prog Bio- Kelantan 2014 esok dan makluman mengenai Plan Strategik Bio Economi Kelantan yg sedang dirangka hasil kenyataan beliau beberapa Tahun lalu mengenai Kelantan Bio Valley. Beliau juga Sangat seronok apabila saya memberitahu bahawa Dua minggu lepas kerajaan negeri telah mengadakan Bengkel Halatuju Pembangunan Industri Lebah Kelantan yg disertai para ilmuan Dari pelbagai Universiti dan jabatan serta para usahawan. Tok Guru juga sungguh gembira apabila saya memberitahu Pokok kurma yg kita tanam di Madinatul Ilmi Pasir Putih sebagai projek perintis Kebun Kurma dibawah Prog Bertani Satu Ibadah, sudah ada yg mengeluarkan buahnya. Tok Guru juga sempat Memberikan pesanan agar tidak dibebankan Pemimpin atasan dgn bebanan yg begitu banyak sehingga tidak tertanggung oleh badan, sambil Memberikan contoh Dato Seri Tuan Guru Presiden yg menanggung beban Kerja yg begitu banyak. Beliau juga memberitahu, bahawa beliau sendiri Dua kali terjatuh masa Pilihanraya yg lalu. Atas sebab itu katanya, beliau merasakan beliau tidak mampu Lagi utk meneruskan tugasnya sbg Menteri Besar. Kata beliau lagi, " ambo panggil Dato Mad royak kata Nak serah ke dia, menggeletar Dato Mad" katanya sambil menggayakan Dgn tangannya. Tok guru tetap bersemangat. Sempat juga beliau bertanya Siapa boleh ganti dia Kuliah Pagi Jumaat lusa. Ana terpaksa minta diri utk berundur bagi membolehkan beliau berehat.

2. Tuan Guru Presiden PAS

KENYATAAN MEDIA RINGKAS

Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

No comments

Powered by Blogger.