Neymar beri peringatan
Brazil bertemu Mexico awal pagi Rabu ini dengan kedua-dua pasukan sedar kemenangan hampir pasti akan memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.
Pasukan tuan rumah memenangi perlawanan pembukaan mereka walaupun mengakui tekanan ke atas mereka amat tinggi selepas mengalahkan Croatia 3-1 di dalam perlawanan yang dilanda kontroversi.
Dihadiahkan sepakan penalti yang semasa kedudukan 1-1, Brazil menerajui perlawanan buat pertama kali dan kemudian melihat jaringan Croatia diketepikan kerana Ivica Olic dipersalahkan kerana mengasari penjaga gol Julio Cesar.
Mexico pula mendapat manfaat dari ketabahan mereka apabila pasukan kendalian Miguel Herrera apabila dua gol jaringan Giovani dos Santos dibatalkan walaupun ulangan aksi itu jelas menunjukan pemain tersebut tidak ofsaid semasa dia melakukan sentuhan penyudah.
Oribe Peralta akhirnya memastikan mereka menang tipis 1-0 keatas Cameroon.
Brazil yang akan bertemu Cameroon pada perlawanan terakhir Kumpulan A minggu depan, boleh menempah tempat teratas jike berjaya menang di Fortaleza.
Mexico pada masa yang sama mempunyai perlawanan yang agak rumit menentang Croatia dalam aksi akhir peringkat kumpulan dan akan yakin mencipta sesuatu dari Estadio Castelao untuk memastikan mereka sampai ke peringkat kalah mati buat Piala Dunia keenam berturut-turut.
Penyokong Brazil akan menaruh harapan yang pasukan mereka akan lebih mendominasi lawan selepas Croatia mendedahkan beberapa masalah pada barisan pertahanan mereka.
Terutama sekali selepas Marcelo menjaringkan gol sendiri untuk memberi pasukan Niko Kovac gol pendahuluan.
Pengendali Luiz Felipe Scolari masih bimbang dengan kecergasan Hulk selepas pemain itu meninggalkan sesi latihan Ahad lepas dengan masalah paha.
Pemain harapan Neymar yang menjaringkan dua gol menentang Croatia, pasti mengintai menambahkan jumlah golnya untuk Brazil dan kapten Mexico Rafael Marquez telah memberi amaran pada rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah penyerang muda Barcelona itu.
Herrera tidak mempunyai masalah kecederaan pada pemainnya dan akan menyasarkan ulangan aksi final Olimpik 2012 di mana mereka mengejutkan Brazil 2-1 di Wembley hasil jaringan gol-gol Peralta.
No comments
Post a Comment