Kenapa Baru Sekarang Timbul Isu Ustaz Lutfi Dibuang Keahlian Pas?



Muhammad Sanusi Md Nor

Ustaz Mohd Lutfi Ariffin telah meletakkan semua jawatan dan kedudukan dalam PAS sejak 19/4/2014, dan dia memilih jihad memburu syahid di Syiria melawan kekejaman regim Basyar. Dia melepaskan jawatan dan kedudukannya itu kerana dalam negara umat Islam seperti Malaysia yang memakai tafsiran dan tunduk kepada kehendak musuh-musuh Islam terhadap pengertian Jihad membela golongan yang dizalimi, PAS akan dituduh melahirkan militan dan extremist.

Di Malaysia, PAS konsisten dengan kaedah muwajahah Silmiyyah, sesuai dengan suasana negara ini, namun di Palestin, Afghanistan , Chehnya, dan di negara- negara ummat Islam diperangi, PAS dan gerakan Islam seluruh dunia bersama dengan muwajahah bil Quwwah menentang Zionis, Amerika, Russia dan sekutu mereka....paling kurang, kita kirimkan doa agar Allah menangkan mereka.

PAS Pusat pun sudah putuskan keahlian Ustaz Mohd Lutfi dalam PAS sejak Mei 2014. Kenapa The Malaysian Insider (TMI) hanya bangkitkan hal ni sebulan selepas itu, diikuti oleh TV3? Mungkinkah kerana sejak akhir-akhir ini beliau ada menyingkap rupa paras dan sikap para penyokong Basyar di Malaysia? TMI dan TV3 cuba memberi gambaran apa? Sesungguhnya perjalanan kita masih panjang....

No comments

Powered by Blogger.