Kenyataan Media: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya



Fahmi Zainol
{ KENYATAAN MEDIA }

Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya, meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika khabar berita mengenai Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai Dekan di Universiti Malaya adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia, tetapi kali ini apakah alasan yang akan diberikan oleh pihak atasan berkenaan arahan dari pihak tertentu iaitu pihak KPM bagi memastikan Prof Dato Dr Redzuan meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL sedangkan kontraknya belum tamat . Saya sendiri mendapat panggilan terus dari Naib Canselor Universiti Malaya berkenaan isu pelantikan Dekan FSSS di Universiti Malaya. Saya juga telah meminta maklum balas daripada Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Prof Amin sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini. Kami di peringkat kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dalam masa saya mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas hal tersebut. Jika betul pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin Universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.

FAKTOR USIA.

Secara telusnya, Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia. Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan Dekan FSSS Universiti Malaya tidak dijawat lagi oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman. Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Prof Dato Dr Redzuan Othman rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon Dekan FSSS Universiti Malaya. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Pengerusi Senat Universiti Malaya tidak layak untuk menjawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir juga tidak layak untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sewaktu beliau berumur 56 tahun, dan ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri beliau berumur 78 tahun ( 2003). Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, mengapa perlu menidakkan hak beliau?. Untuk pengetahuan semua, sejak Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dibawah kepimpinan Prof Dato Dr Redzuan Othman pelbagai kejayaan telah dikecapi dan paling membanggakan FSSS UM merupakan Fakulti yang ke 2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan. Dalam masa sama juga beliau mempunyai rekod cemerlang, dimana pernah dinobatkan sebagai Dekan terbaik dan cemerlang di Universiti Malaya. Alasan “kurang cerdik ” sentiasa diberikan untuk menidakkan kelebihan yang ada pada Prof Dato Dr Redzuan Othman. Itulah sikap rakus sesetengah pihak di Universiti Malaya. Pemilihan Dekan adalah tertakluk kepada budi bicara NC Universiti Malaya dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda. Perkara ini pernah dicabar oleh Fakulti Kejuruteraan. Calon-calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan “presentation” dihadapan panel yang terdiri daripada NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan UM, TNC Akademik UM dan TNC Penyelidikan UM selepas proses pengundian dalam kalangan ahli akademik di Fakulti masing-masing. Namun, bagi hal ini, mereka yang hadir hanyalah NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan sahaja. TNC A dan TNC P tidak hadir kerana berada di luar negara. Paling mendukacitakan, undian serta keputusan tidak dipaparkan.

GEDUNG ILMU DIROBEK

Dimanakah kebebasan akademik di Malaysia? Undi untuk memilih Dekan di Universiti Malaya hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperolehi setiap calon tidak pernah diumumkan malah lebih malang lagi Dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana NC tidak berhasrat untuk melantik Dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, dikatakan mendesak Prof Dato Dr Redzuan Othman untuk meletak jawatan sebagai Pengasas dan Pengarah UMCEDEL. Jika benar apa yang dimaklumkan kepada saya, diperingkat mahasiswa di Malaysia mencabar Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai beberapa perkara ;

1) Sebab dan alasan kenapa Prof Dato Dr Redzuan Othman diturunkan sebagai Pengarah UMCEDEL dan DEKAN di FSSS Universiti Malaya ?

2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL ?
Sedangkan kajian dari Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL . Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang “kurang cerdik”.

Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman dimana beliau menerima dengan terbuka berkenaan 2 isu ini. Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Dato Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini dimana beliau tidak berkhidmat lagi sebagai Felo Penyelidikan di Universiti Malaya.

SOLUSI

Sistem pendidikan di negara kita perlu dirombak, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita. Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita? Sedangkan kita mempunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan. Kembalikan kebebasan akademik. Nasihat saya pada pihak-pihak tertentu, jangan sampahkan UNIVERSITI di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.

KESIMPULAN

Ketepikanlah pengaruh-pengaruh yang tidak sihat dalam gedung ilmu, ketepikan pengaruh dan kepentingan bagi mana-mana pihak. Saya menyeru semua pihak untuk tidak sampahkan universiti-universiti di Malaysia. Sayangilah masa depan negara dan anak bangsa kita. Kembalikan kebebasan akademik

Fahmi Zainol

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional

1 comment

abc said...

Otak orang melalayu dibawah pengaruh mamak kutty baboo , orang melayu dibodohkan olih keling mamak pada suatu ketika dulu inilah akibatnya bangsa lain maju kedepan orang melayu hancur jadi bodoh bangang.

Powered by Blogger.