Nasihat untuk penceramah PAS

Nazhi Naina Mohamad

Para penceramah PAS perlu memahami bahawa dakwah mereka mesti membawa ummah mengenali Islam terlebih dahulu. Bukan mengenali parti PAS. Bukan cerita tentang politik dan kuasa semata mata.
Jangan penuhkan minda ummah dengan kekalutan isu.

Penceramah dan pendakwah PAS mesti membawa ummah mengenali Islam terlebih dahulu. Kenalkan ummah dengan wahyu dan syariat. Pamerkan sunnah dan keindahan akhlak dan adab rasulullah kepada ummah. Pasakkan dalam minda ummah, bahawa matlamat agung kita adalah keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat. Dunia dan kuasa politik hanyalah check point untuk melihat kesungguhan usaha. Bukannya kemuncak kehendak.

Jika ummah semata mata diisi dengan politik, parti, kuasa, isu dan pelbagai perkara lain, maka lahirlah ummah yang matlamatnya kuasa dan dunia. Bukan keredhaan Allah.

Kita sudah dapat melihat sekarang betapa terdapat segelintir ahli PAS yang sudah terpesong dari ketulinan matlamat perjuangan PAS. Sanggup membelakangi jamaah, ingkar keputusan presiden dan parti bahkan menyanggah keputusan parti. Ada juga jenis yang kecewa bila tidak mendapat jawatan. Lalu mencipta onar dalam jamaah.

Sungguh, kembalilah kepada ketulinan manhaj Islam dan jamaah ini. Pacakkan dalam minda semua, matlamat agung kita adalah keredhaan Allah dan keselesaan di akhirat.

No comments

Powered by Blogger.