News Update :

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Kenyataan Media: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya

June 30, 2014



Fahmi Zainol
{ KENYATAAN MEDIA }

Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya, meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika khabar berita mengenai Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai Dekan di Universiti Malaya adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia, tetapi kali ini apakah alasan yang akan diberikan oleh pihak atasan berkenaan arahan dari pihak tertentu iaitu pihak KPM bagi memastikan Prof Dato Dr Redzuan meletakkan jawatan sebagai Pengarah UMCEDEL sedangkan kontraknya belum tamat . Saya sendiri mendapat panggilan terus dari Naib Canselor Universiti Malaya berkenaan isu pelantikan Dekan FSSS di Universiti Malaya. Saya juga telah meminta maklum balas daripada Naib Canselor Universiti Malaya iaitu Prof Amin sendiri berkenaan isu UMCEDEL ini. Kami di peringkat kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dalam masa saya mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas hal tersebut. Jika betul pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin Universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.

FAKTOR USIA.

Secara telusnya, Prof Dato Dr Redzuan Othman tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia. Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan Dekan FSSS Universiti Malaya tidak dijawat lagi oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman. Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Jika Prof Dato Dr Redzuan Othman rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja beliau, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon Dekan FSSS Universiti Malaya. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Pengerusi Senat Universiti Malaya tidak layak untuk menjawat jawatan beliau sekarang, oleh kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun. Jika umur menjadi ukuran saya fikir Tun Mahatir juga tidak layak untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sewaktu beliau berumur 56 tahun, dan ketika beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri beliau berumur 78 tahun ( 2003). Bagi saya selagi terdaya untuk menyumbang kepada kebaikan, mengapa perlu menidakkan hak beliau?. Untuk pengetahuan semua, sejak Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dibawah kepimpinan Prof Dato Dr Redzuan Othman pelbagai kejayaan telah dikecapi dan paling membanggakan FSSS UM merupakan Fakulti yang ke 2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan. Dalam masa sama juga beliau mempunyai rekod cemerlang, dimana pernah dinobatkan sebagai Dekan terbaik dan cemerlang di Universiti Malaya. Alasan “kurang cerdik ” sentiasa diberikan untuk menidakkan kelebihan yang ada pada Prof Dato Dr Redzuan Othman. Itulah sikap rakus sesetengah pihak di Universiti Malaya. Pemilihan Dekan adalah tertakluk kepada budi bicara NC Universiti Malaya dan ia terbukti kepada klausa terakhir polisi pengundian yang dipinda. Perkara ini pernah dicabar oleh Fakulti Kejuruteraan. Calon-calon dekan perlu ditemuduga dan melakukan “presentation” dihadapan panel yang terdiri daripada NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan UM, TNC Akademik UM dan TNC Penyelidikan UM selepas proses pengundian dalam kalangan ahli akademik di Fakulti masing-masing. Namun, bagi hal ini, mereka yang hadir hanyalah NC , TNC HEP UM , TNC Pembangunan sahaja. TNC A dan TNC P tidak hadir kerana berada di luar negara. Paling mendukacitakan, undian serta keputusan tidak dipaparkan.

GEDUNG ILMU DIROBEK

Dimanakah kebebasan akademik di Malaysia? Undi untuk memilih Dekan di Universiti Malaya hanyalah sekadar kosmetik sahaja memandangkan bilangan undi yang diperolehi setiap calon tidak pernah diumumkan malah lebih malang lagi Dekan tidak semestinya dipilih dari calon yang mendapat undi tertinggi oleh kerana NC tidak berhasrat untuk melantik Dekan dari kalangan orang yang berpengaruh atau terkenal. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang, dikatakan mendesak Prof Dato Dr Redzuan Othman untuk meletak jawatan sebagai Pengasas dan Pengarah UMCEDEL. Jika benar apa yang dimaklumkan kepada saya, diperingkat mahasiswa di Malaysia mencabar Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai beberapa perkara ;

1) Sebab dan alasan kenapa Prof Dato Dr Redzuan Othman diturunkan sebagai Pengarah UMCEDEL dan DEKAN di FSSS Universiti Malaya ?

2) Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL ?
Sedangkan kajian dari Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMCEDEL . Saya tidak berminat untuk mendengar hujah dan alasan yang “kurang cerdik”.

Saya hormati keputusan yang dibuat oleh Prof Dato Dr Redzuan Othman dimana beliau menerima dengan terbuka berkenaan 2 isu ini. Dalam masa saya juga saya sanjung dan hormat tindakan Solidariti Dato Saifuddin Abdullah berkenaan isu ini dimana beliau tidak berkhidmat lagi sebagai Felo Penyelidikan di Universiti Malaya.

SOLUSI

Sistem pendidikan di negara kita perlu dirombak, saya menyeru seluruh warga akademik di Malaysia untuk memikirkan masa depan anak bangsa kita, berganding bahu memikirkan sesuatu untuk sistem pendidikan kita. Jika kualiti di gedung ilmu masih di kelas ketiga, bagaimana masa depan anak bangsa kita? Sedangkan kita mempunyai harapan dan kelebihan tersendiri dalam bidang akademik untuk ke hadapan. Kembalikan kebebasan akademik. Nasihat saya pada pihak-pihak tertentu, jangan sampahkan UNIVERSITI di negara ini, setelah negara ini kamu sudah sampahkan.

KESIMPULAN

Ketepikanlah pengaruh-pengaruh yang tidak sihat dalam gedung ilmu, ketepikan pengaruh dan kepentingan bagi mana-mana pihak. Saya menyeru semua pihak untuk tidak sampahkan universiti-universiti di Malaysia. Sayangilah masa depan negara dan anak bangsa kita. Kembalikan kebebasan akademik

Fahmi Zainol

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional

Dato Saifuddin Letak Jawatan Felo UM



Kita perlu ramai pemimpin macam ni. Ada prinsip!

Lim Kit Siang Melawat TG Haji Hadi

June 29, 2014



Media umno sibuk mencanang yang hanya najib melawat 5ok guru. Mereka mengatakan tidak ada pemimoin pakatan yang datang melawat.

Al hamdulillah. Lim kit siang hadir melawat kawan seperjuangan pakatan rakyat.

Ds Anwar Melawat TG Haji Hadi



Anwar juga turut sama melawat semalam tok guru.

Semoga allah sembuhkan penyakit tok guru.

Perutusan Ramadhan YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat



Perutusan Ramadhan YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS

Ramadhan Bulan Meraih CInta Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus menghirup udara di bumi Allah SWT di bulan Ramadhan pada tahun ini. Rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada kita sebenarnya terlalu besar untuk kita balas dan hari ini pula kita masih dipinjamkan dengan nikmat kehidupan yang bila-bila masa sahaja akan berakhir.

Sekali lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan yang merupakan pesta ibadah kepada orang-orang Islam. Sering saya sebut dan ulangi, Ramadhan ini janganlah disebut sebagai bulan puasa, ini kerana bukan puasa sahaja ibadat yang diperintahkan di dalam bulan ini. Menyebut Ramadhan sebagai bulan puasa sahaja menjadikan masyarakat silap faham sehingga mereka gagal meraih faedah maksimum daripada anugerah Ramadhan yang disediakan oleh Allah SWT ini.

Masyarakat umat Islam perlu disedarkan sentiasa bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan qiyam, bulan infaq, bulan Al-Quran, bulan kasih sayang dan bulan penuh dengan kebaikan. Pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih di bulan ini untuk ibadat-ibadat yang dinyatakan tadi berlipat kali ganda melebihi pahala yang disediakan di bulan-bulan yang lain.

Ramadhan juga ialah bulan terbaik untuk mencapai cinta Allah SWT. Benar, ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadahan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana takut kita kepada Allah SWT. Di dalam masa yang sama, kita berharap untuk meraih cinta dan ingatan daripada Allah SWT. Namun, adakah di dalam masa yang sama Allah SWT juga menyintai dan mengingati kita? Tidakkah bimbang kita jika hanya kita sahaja yang mengingati Allah SWT namun dalam masa yang sama Allah SWT tidak mengingati kita? Jika berlaku demikian, sebenarnya kita tidak mengingati Allah SWT, hanyalah kita yang menyangka bahawa kita sudah menjadi hamba yang soleh namun hakikatnya tidak soleh pada pandangan Allah SWT.

Raihlah dan carilah cinta Allah SWT di bulan Ramadhan. Jangan hanya kita bertepuk sebelah tangan sedangkan kasih dan sayang Allah SWT gagal untuk kita capai. Manusia yang dicintai oleh Allah SWT insya-Allah akan selamat di dalam meniti ujian di dalam hidup sebagai bekal untuknya menghadapi hari yang dinamakan kematian.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru agar sekalian kita umat Islam memperkukuhkan semangat persaudaraan sesama kita di benua mana sekalipun kita berada. Ukhuwwah Islamiah di antara kita tetap utuh sekalipun berjauhan dipisahkan oleh kedalaman lautan dan ketinggin gunung-ganang. Khas untuk saudara-saudara kita di Mesir yang sedang menghadapi ujian cengkaman diktator yang meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, berdoalah kita sepanjang Ramadhan ini agar Allah SWT menzahirkan kebenaran di atas kebatilan. Tiada tabir kebatilan yang boleh kekal lama melindungi cahaya kebenaran. Lambat-laun ia akan tersingkap jua.

Akhir kata, janganlah dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal berharga dari kita. Semoga ia menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita dan dengannya kita akan berpuas hati jika ia ditakdirkan menjadi yang terakhir di dalam hidup kita ini.

Sekian, salam Ramadhan.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh : 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014M

DS Najib Melawat TG Haji Hadi



Semoga tok guru tabah dalam menghadapi ujian kesihatan ini.

Kelihatan wajah gembira di wajah mereka berdua.

Terima kasih dato najib kerana sudi melawat too guru.

Dato MB VS Dato Husam



Insya allah. Boleh bersatu dalam memajukan negeri kelantan yang tercinta.

Demi agama islam dan rakyat kelantan.

Brazil singkir Chile dengan penalti



Brazil terpaksa melalui detik mendebarkan apabila memerlukan penentuan sepakan penalti sebelum dapat menyingkirkan Chile di peringkat 16 pasukan dengan keputusan 3-2.
Penentuan sepakan penalti terpaksa diadakan selepas kedua pencabar dari Amerika Selatan itu terikat 1-1 dalam masa sebenar perlawanan di Estadio Mineirao.

Mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, skuad Selecao bagaimanapun dianggap bernasib baik cubaan saat akhir tambahan masa Mauricio Pinilla sekadar 'mencium' palang.

Brazil marah ke suku akhir selepas Julio Cesar menyelamatkan dua tendangan sebelum tendangan terakhir yang diambil Gonzalo Jara singgah di tiang untuk membolehkan Brazil layak.

Sebelum itu Alexis Sanchez memadamkan gol pendahuluan Brazil yang dirakamkan pada minit ke-18 menerusi David Luiz.

Kecekapan pengadil, Howard Webb juga teruji apabila beliau bertindak berani membatalkan gol Hulk yang terlebih dahulu didakwa terkena tangannya.

RAHSIA KENAPA SANGAT MUSTAJAB DOA RAMADAN

DrMAZA.com

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Dato MB Kelantan Bersama Dato Husam

June 28, 2014



Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kubang Kerian kali ke 41 di smua Taqaddum Maarif Pasir Tumboh oleh YAB Ust Dato Hj Ahmad Yakub Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan dan MB Kelantan

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

June 27, 2014

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penglibatan militan Syria: MCA minta polis siasat semua ahli PAS

KUALA LUMPUR: MCA hari ini meminta pihak polis membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berikutan terdapat bekas pemimpinnya yang didakwa terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen juga menggesa agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam sebarang aktiviti militan dan organisasi pengganas, dilucutkan kerakyatannya.

"Pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) harus memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruhnya telah menyerap ke dalam parti dan jika pejuangan Jihad yang dilaungkan oleh Lotfi mempunyai kesan ke atas parti meskipun dia telah disingkir oleh PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar The Star berkenaan bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti itu.

Chai menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengkhianati negara dan perlu diberi hukuman berat.

Katanya kes Lotfi itu juga harus disiasat dan diambil tindakan segera kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, beliau juga meminta PAS, pihak polis dan ROS membuat siasatan terperinci tentang latar belakang ahli-ahli PAS untuk memastikan tidak berlakunya perbuatan mengkhianati negara.

Tambahnya penglibatan Lotfi dalam militan luar itu telah memberi kesan buruk kepada reputasi kepada Malaysia sebagai negara yang moderat dan menyebabkan kekacauan di dalam negara.

Kenapa Baru Sekarang Timbul Isu Ustaz Lutfi Dibuang Keahlian Pas?



Muhammad Sanusi Md Nor

Ustaz Mohd Lutfi Ariffin telah meletakkan semua jawatan dan kedudukan dalam PAS sejak 19/4/2014, dan dia memilih jihad memburu syahid di Syiria melawan kekejaman regim Basyar. Dia melepaskan jawatan dan kedudukannya itu kerana dalam negara umat Islam seperti Malaysia yang memakai tafsiran dan tunduk kepada kehendak musuh-musuh Islam terhadap pengertian Jihad membela golongan yang dizalimi, PAS akan dituduh melahirkan militan dan extremist.

Di Malaysia, PAS konsisten dengan kaedah muwajahah Silmiyyah, sesuai dengan suasana negara ini, namun di Palestin, Afghanistan , Chehnya, dan di negara- negara ummat Islam diperangi, PAS dan gerakan Islam seluruh dunia bersama dengan muwajahah bil Quwwah menentang Zionis, Amerika, Russia dan sekutu mereka....paling kurang, kita kirimkan doa agar Allah menangkan mereka.

PAS Pusat pun sudah putuskan keahlian Ustaz Mohd Lutfi dalam PAS sejak Mei 2014. Kenapa The Malaysian Insider (TMI) hanya bangkitkan hal ni sebulan selepas itu, diikuti oleh TV3? Mungkinkah kerana sejak akhir-akhir ini beliau ada menyingkap rupa paras dan sikap para penyokong Basyar di Malaysia? TMI dan TV3 cuba memberi gambaran apa? Sesungguhnya perjalanan kita masih panjang....

Puak Dengki Iri Hari Akan Serang TG Nik Aziz Selepas Ustaz Mad dan Ustaz Amar?



Beberapa golongan yang iri hati dan hasad dengki kepada pimpinan kerajaan pas kelantan mula mengarahkan serangan kepada tok guru.

Mereka mengungkit yang tok guru telah lakukan kesilapan semasa melantik ustaz mad dan ustaz amar. Kenapa husam tidak dilantik exco atau tmb? Sampai sekarang tidak pias hati?

Mereka akan letak kan kesalahan peralihan kuasa ni kepada tok guru. Nasihat kami kepada puak ni, tolong jangan kacau la pimpinan kelantan nak buat kerja. Sekarang di mata kamu, semua program yang dirancang nampak huduh dan buruk.

Kesian bila hati dan busuk dan dengki. Dok kempen burukkan kerajaan pimpinan ustaz mad merata tempat. Melalak dalam fb siang dan malam.

Suarez digantung sembilan perlawanan

June 26, 2014

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung penyerang Uruguay, Luis Suarez untuk sembilan perlawanan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini semasa Piala Dunia 2014, semalam.

Selain itu, Fifa turut melarang Suarez terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan.

Suarez sebelum ini direkodkan terlibat dalam insiden menggigit sebanyak tiga kali dan dia telah pun digantung 10 perlawanan akibat tindakannya itu.

Menurut pihak Fifa, ianya merupakan satu kesalahan atas padang yang serius dan Suarez boleh dikenakan hukuman yang lebih berat dari sebelumnya.

Rakaman ulang tayang insiden itu di televisyen menunjukkan Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti.

Insiden itu dilaporkan berlaku dalam tempoh seminit sebelum Uruguay menjaringkan gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81 sekaligus menjadikan Uruguay layak mara ke pusingan seterusnya selepas membenam Itali 1-0.

Cara pelik membela Islam? – Mohamed Hanipa Maidin

Seorang ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.

Beliau juga memberi komentari ke atas kitab al-Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam daripada Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Mukadimah itu sengaja saya lontarkan supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah Al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia?

Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari 2014 yang merampas 300 naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (Bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Alasan rampasan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam Bible tersebut melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di enakmen tersebut. Berdasarkan enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh pendakwa raya iaitu peguam negara. Pihak peguam negara memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, Jais sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang dirampas itu. Malangnya Jais tidak mahu memulangkan kembali. Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan Jais tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam Jais lakukan).

Kami empat ahli Parlimen PAS dari Selangor mengambil keputusan membuat sidang akhbar bagi membetulkan fakta dan memberikan pandangan kami. Tujuan utama kami membersihkan nama PAS. Antaranya kami nyatakan PAS tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak adil menyalahkan PAS.

Keduanya tindakan Jais yang tidak mahu memulangkan semula rampasan dalam keadaan peguam negara menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar di sisi undang undang dan Islam itu sendiri.

Ketiganya mungkin sudah sampai masanya kuasa eksekutif Jais atau Mais dikaji semula dan kami menyerahkan kebijaksanaan kerajaan negeri Selangor menyelesaikan perkara tersebut. Saya juga menambah dalam kes sensitif seperti ini sepatutnya Jais memilih kaedah rundingan dan dialog daripada menceroboh dan merampas Bible di premis orang.

Berita tentang kenyataan akhbar kami berempat itu lebih ditonjolkan tentang isu melenyapkan kuasa eksekutif Jais dan Mais, maka Utusan dan Perkasa memulakan serangan ke atas kami berempat dari situ. Pada masa artikel ini ditulis sudah ada seruan untuk memenggal kepala mereka yang menghina Islam dan nama-nama kami disebut oleh seruan tersebut.

Secara jujur saya tidak rasa apa-apa dengan amaran atau kecaman itu kerana saya percaya kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tetap berpegang pada pendirian Jais mesti memulangkan rampasan Bible itu, meskipun datangnya 100 ancaman memenggal kepala dari Perkasa.

Daripada segi perundangan saya sependapat dengan peguam negara iaitu tiada kesalahan dilakukan oleh Persatuan Bible Malaysia di bawah seksyen 9 (1) (a) enakmen tersebut atau mana mana seksyen lain di enakmen tersebut. Malahan saya berani menyatakan seksyen 9 (1) (a) enakmen itu adalah ultra vires atau bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Harus diingat, enakmen tersebut adalah digubal menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang undang bagi mengawal penyebaran dokrin atau agama bukan Islam ke atas orang Islam.

Perkataan yang penting di sini adalah penyebaran kepada orang Islam. Hanya penyebaran yang tidak dibenarkan dan itu pun jika ia disebarkan kepada orang Islam. Persoalannya bagaimanakah penerbitan nama Allah dalam Bible yang hanya akan digunakan ke atas orang Kristian saja dikira satu penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.

Hanya kerana kewujudan kalimah Allah di dalam Bible al-Kitab atau Bup Kudus ia bukan satu kesalahan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan maka apabila seksyen 9 (1) (a) menjadikan ia kesalahan jelas bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ia hanya satu kesalahan jika Bible yang berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu terbukti tersebar dalam kalangan orang Islam. Malah jika Bible berbahasa Melayu itu disebarkan kepada orang Islam ia tetap salah meskipun nama Allah tidak digunakan di dalam Bible Melayu itu.

Jadi isunya di sini adalah isu penyebaran bukan isu nama Allah. Seksyen 9 (1) (a) enakmen yang menjadikan penggunaan kalimah Islam seperti Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melampaui kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan.

Tindakan Jais merampas di bawah seksyen 9 (1) (a) enakmen yang ultra vires Perlembagaan juga secara automatik tidak sah dan melanggar Perlembagaan. Dalam keadaan ini mengaku kesilapan adalah tindakan mulia yang kita tunggu daripada Jais. – Harakahdaily, 26 Jun, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Cina DAP Hancurkan Melayu?

June 25, 2014



Macai oh macai!

Rombakan Kabinet? Najib Kelihatan Lemah!



Mohammad Agus Yusoff

ROMBAKAN KABINET

Senarai baru kabinet telah diumumkan. Antara reaksi segera ramai penganalisis ialah ini bukan rombakan, tetapi penambahan ahli kabinet yang membolehkah negara kita masuk dalam senarai mempunyai ahli kabinet teramai di dunia.

Pertanyaan lain ialah tidak membazirkah kita dengan mempunyai ahli kabinet yang ramai itu? Apakah perlu kita mempunyai ramai menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apakah bidang tugas mereka?

Dari sudut lain pula, ada yang menyatakan ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncangkan kedudukan politik kerajaan.

Saya pula mengharapkan rombakan kabinet, bukannya penambahan ahli kabinet. Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.

Dan dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega. Harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat.

Tengoklah jalan sesak dan jam, tetapi tol terpaksa dibayar. Tengoklah tarif lektrik naik, tetapi bekalannya terputus, tengoklah nasib orang miskin dan OKU yang terbiar, tengoklah sekolah yang dimuatkan anak murid seramai 45 orang di dalamnya dengan kerusi bangku yang semakin tidak bermutu, tengoklah keresahan rakyat ini. Dengarlah rintihan mereka..

Pesan saya pada menteri, bertindaklah dengan visi dan misi yang baru. Janganlah selepas kabinet hendak dirombak lagi, baru perasaan mula resah semula.

Kabinet Baru Najib? Tidak Ada Ummp!



Ramai yang mengatakan kabinet menampilkan muka yang lama dan tidak proaktif.

Hanya segelintir sahaja yang betul-betul buat kerja.

Kebanyakkan yang baru dilantik ialah muka tua dan ditolak oleh pengundi.

Enam dari MCA dan Gerakan dilantik menteri kabinet baru



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam menteri baru dalam barisan kabinet dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan sebagai Menteri Pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Senator Lee Chee Leong bakal memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong selaku Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Perdana Menteri menyifatkan perubahan dalam kabinet ini diperlukan untuk memantapkan Barisan Nasional (BN) dan beliau gembira parti MCA dan Gerakan kembali ke dalam kabinet.

Ia juga sejajar hasrat kerajaan untuk membentuk pasukan jitu dalam pentadbiran dan kepimpinan rakyat.

Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan Jumaat ini di Istana Negara.

Sidang media Najib 12.30 tengah hari, dipercayai berkaitan rombakan Kabinet



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya jam 12.30 tengah hari ini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai sidang media berkenaan namun dipercayai berkaitan rombakan Kabinet.

Kadar jenayah meningkat tanda hilang berkat

June 24, 2014



DrMAZA.com

KADAR JENAYAH MENINGKAT TANDA HILANG BERKAT

Pemimpin yang adil akan memberikan kesan kebaikan dan keamanan kepada kehidupan rakyat jelata. Malik bin Dinar dan selainnya meriwayatkan bahawa pada zaman pemerintahan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz berkat keadilannya sehinggakan serigala pun tidak mengganggu kambing ternakan . Para pengembala kambing yang tidak tahu bahawa pemerintah yang baru iaitu 'Umar bin 'Abd al-'Aziz telah memegang tampok kuasa, mereka bertanya: "Siapakah orang soleh yang memegang jawatan khalifah sekarang? Berkat keadilannya telah menyelamatkan ternakan kami dari serigala"

Ertinya keadilan yang tulus dari pemimpin akan menyebabkan kadar jenayah menurun dan rakyat merasa aman hidup dalam sesebuah pemerintahan.
Apabila jenayah meningkat sehingga bukan sahaja serigala menyerang ternakan, bahkan ibubapa dan anak-anak menjadi penjenayah yang mengancam kehidupan satu sama lain apatahlagi jiran dan masyarakat sekeliling, ertinya tiada nilai keadilan yang diberkati Allah dalam sesebuah masyarakat. Ia satu amaran kepada kita semua.

Ini bererti adanya penyelewengan yang Allah murka terhadap tanggungjawab keadilan dan amanah sedang berlaku. Ini selaras dengan firman Allah:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
(maksudnya) "Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (atau jadi jadikan) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat atau menguasai keadaan negeri), lalu mereka melakukan kefasikan padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.(Surah al-Isra' ayat 16)

Ibn 'Abbas menafsirkan ayat ini dengan maksud Allah jadikan golongan yang kaya-raya menguasai negara ataupun negeri lalu mereka melakukan kemungkaran ataupun penyelewengan maka azab Allah pun diturunkan.

Semoga setiap kita berhati-hati dengan perkembangan jenayah mutakhir yang sering mengancam keamanan kehidupan rakyat. Hanya keadilan yang Tuhan berkati sahaja yang mampu menyelamatkan kita.
.

Proton Terbaru



Alhamdulillah. Keluar juga model terbaru.

Syukur la sebab rakyat malaysia tak perasaan kan.

Ustaz Azhar Idrus hadir solat jenazah Ustaz Abu Bakar Chik

June 23, 2014



Ustaz azhar idrus hadir untuk solat jenazah arwah.

Allahuakhbar!

Jernihnya Muka Arwah Abu Bakar Chik



Ya allah, ampunkan dosa dan kesalahan beliau.

Tempatkan arwah bersama orang beriman.

Bagaimana keadaan kita bila menemui Allah nanti?

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

"Raja, ana dah beri nama anta pada Ustaz Bakor," sapa sahabat saya Tuan Sidek selepas peperiksaan terakhir saya di Universiti Islam Antarabangsa. Saya tanya kembali kepadanya, "kenapa ?". Tuan Sidek menjawab, "Ustaz Kor nak cari seorang pegawai sepenuh masa di Dewan Pemuda PAS Pusat". Saya terdiam dan hanya mengangguk-angguk tanda faham.

Minggu hadapannya, saya mendapat panggilan telefon dari oleh Ustaz Bakar Chik, terketar tangan bila dihubungi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat. Maklumlah ketika itu saya masih bergelar mahasiswa. Dihubungi oleh Ustaz Bakar Chik dan berkata "ana nak anta bersama Pemuda". Ustaz Bakar minta ana hadir untuk ditemuduga informal bagi perjawatan tersebut. Antara soalannya, "anta bersedia untuk bersama Dewan Pemuda PAS? bersedia untuk mempraktikkan segala macam tarbiyah kampus? Bersedia untuk menerima elaun yang kecil?". Sedikit tersentak namun hati ini menjadi kuat apabila mendapat sedikit taujihad daripada Ustaz Bakar selepas soalan tadi diutarakan kepada saya. Selepas saya memberikan persetujuan, saya dibawa berjumpa Dr Hamidi Syakur, Pengarah Jabatan Kerajaan Swasta DPPP ketika itu yang akan menguruskan pembiayaan dan pengurusan ana.

Maka tarikh keramat 15 Jun 1998, secara rasminya saya bertugas sebagai Pegawai Khas Unit Kerja Jemaah di Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya diamanahkan untuk satu posisi yang baru diwujudkan oleh Ustaz Bakar Chik iaitu Unit Kerja Jemaah (UKJ). Saya sendiri masih terawang-awang bagi posisi jawatan saya ini. Maka saya dihantar ke Kuala Terengganu untuk mendapat latihan dan pendedahan konsep yang UKJ yang diilhamkan oleh Ustaz Bakar.

Sampai sahaja di Kuala Terengganu, saya menumpang disebuah bilik kelas di tingkat atas di pejabat Institut Berakan Batu 6. Selama beberapa bulan di sana saya dilatih dan di bimbing oleh beliau kaedah dan matlamat UKJ. Saya di beri satu DUN iaitu DUN Batu Rakit untuk latihan medan saya bagi mewujudkan tanzim jawatankuasa pemuda di setiap cawangan PAS yang ada dengan menekankan nilai dan kepentingan usrah sebagai tunjang bagi setiap JPC dan JPC sebagai unit yang bekerja untuk Jemaah. Itulah konsep yang saya simpan dan hadam sehingga hari ini yang dibimbing oleh Ustaz Bakar.

Sepanjang pengenalan saya dengan Ustaz Bakar, beliau adalah seorang yang banyak mencetuskan idea-idea baru dalam pemuda. Saya menamakan dia sebagai Arkitek Moden Pemuda PAS. Di zaman beliaulah tertubuhnya institusi yang menjadi sebutan dikalangan rakyat iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Di zaman beliaulah tertubuhnya satu badan kebajikan yang menjadi bualan anak anak muda iaitu Unit Amal. Dizaman beliau lah di cetuskan idea-idea dalam pemuda seperti Unit Kerja Jemaah, Jabatan Kerajaan dan Swasta, sekolah rendah Islam Pintar dan hubungan antarabangsa.

Beliau sangat menitik beratkan ilmu dan pendidikan, apabila saya memaklumkan kepada beliau dahulu ketika saya ingin menyambung pembelajaran saya diperingkat Phd dialah Antara individu yang menyokong penuh. Setelah saya pulang tamat ijazah PhD saya, dia berkata kepada saya, "Raja, sekarang anta dah ada PhD , tambahkan diri dengan menghafal Al-Quran lak". Satu saranan yang saya takkan lupakan sehingga saat ini.

Saya tiba dirumah jam 3 pagi tadi setelah selesai program anak muda pertandingan bola api, bola sepak PS2 dan Piala Dunia skrin besar di Pasir Salak anjuran DACS Pemuda Perak jam 12 malam. Alangkah terkejutnya apabila dilihat mesej di telefon bimbit saya jam 6.40 pagi tadi ketika nak menunaikan solat subuh apabila berita pemergian individu yang sangat saya hormati dan sayangi. Tersentak hingga tak sedar air mata mengalir membasahi pipi. Pada saya Almarhum Ustaz Bakar Chik bukan saja sebagai seorang guru dan ketua tetapi seperti seorang ayah kepadaku. Kali terakhir bertemu beliau semasa mesyuarat PAS Pusat dua minggu yang lalu. Dan setiap kali bertemu, almarhum akan kata, "anta dah jadi AJK Pusat ya Raja" sambil tersenyum. Seorang yang selalu kritis dan kritikal dalam mesyuarat PAS Pusat dan penuh idea bagi perjuangan Islam.

Banyak lagi pengalaman tentang beliau inginku coretkan. Namun buat masa ini cukuplah sekadar itu. Moga kamu sejahtera di alam sana wahai murabbiku

Gambar Jenazah Arwah Ustaz Abu Bakar Chik











Sudah sampai di perkarangan pusat tahfiz. Orang ramai datang melawat dan pelajar tahfiz membacakan al quran.

Al fatihah.

Wajah yang bersih dan berseri.

Ucapan Takziah dari TG Nik Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya dikejutkan pagi ini dengan berita kematian Ustaz Dato Abu Bakar Chik yang mengalami kemalangan jalan raya. Sesungguhnya beliau telah menyumbang jasa yang begitu banyak kepada PAS khususnya di dalam bidang pendidikan bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan PAS.

Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. Semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran dan diampunkan segala dosa-dosa beliau serta digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, Insya Allah.

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.

Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.

Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.

Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.

Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.

Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.

Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat, bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.

Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

Mayat Arwah Dato Abu Bakar Chik



Mengikut sahabat yang sudah melawat. Wajah arwah kelihatan putih dan jernih.

Semoga allah tempatkan beliau dalam golongan yang beriman.

Keadaan Kereta Allahyarham Dato Ustaz Abu Bakar Chik





Innalillahwainnailaihirojiun...

Dukacita dimaklumkan murabbi Ustaz Abu Bakar Bin Chik telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan di lebuhraya dekat bukit besi ke ajil pagi ini, dan disahkan meninggal di hospital kuala berang.

Al-fatihah

Terkini! Wajah Ibu Kepada Anak OKU Yang Terabai

June 22, 2014







Gambar ibu kepada anak oku yang berumur 15 tahun yang ditemui dalam keadaan menyanyat hati.

Semoga ianya menyedarkan mata hati mereka yang berkenaan.

Kenapa anak yang seorang lagi dijaga elok?

Tok Guru Nik Aziz Masuk Pejabat



Alhamdulillah. Hari ni tok guru dah bol3h masuk pejabat.

Banyak kerja yang perlu disiapkan. Semoga allah memberi kesihatan yang baik kepada tok guru.

Pemuda Pas Selangor Pertahan Presiden Dari Fitnah - Jawab Tohmahan The Malaysian Insider

Saya tidak hairan melihat TMI berhari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.

Yang menariknya serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan TKSI disingkirkan ketika ini.

Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian Pas Selangor berhubung dengan beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak TKSI.

Ketika ini, sepatutnya Pas Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.TSKI perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.

Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.

Ia juga adalah rentetan "projek langgar Hadi" yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru ; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI.

Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasan TGHH yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Memang dalam sirah Rasulullah SAW pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.

Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai 'sumber dalaman'.

Saya mencabar media yang menyatakan 'sumber dalaman' itu utk menyatakan siapa gerangan 'sumber dalaman' dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.

Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka grand design ini. Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama. Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini.

Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini.

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
21 Jun 2014

Adun Bukit Assek meninggal dunia

SHAH ALAM 22 JUN: Adun Bukit Assek di Sarawak, Wong Ho Leng, meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

Kematian itu disahkan melalui twitter Roketkini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang di twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemergian itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri.

Berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula 20 Jun 2011.

wong ho lengPada 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya.

Pada 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai.

Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada 1999. Pada 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek.

Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4,751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.

Dalam pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihan Raya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek, dengan jumlah undi sebanyak 13,527 undi, manakala lawan beliau, Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4,700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat, hanya 180 undi.

Keputusan Penuh Perlawanan-Perlawanan ‪#‎LigaSuper2014‬ 20 dan 21 Jun 2014

June 21, 2014

Keputusan Penuh Perlawanan-Perlawanan ‪#‎LigaSuper2014‬ 20 dan 21 Jun 2014:

Selangor 3-0 Sarawak
42', 61' PAULO RANGEL
65' HAZWAN BAKRI

Pahang 2-1 PKNS
47' AZIDAN SARUDIN (PAH)
54' SAIFULNIZAM (PAH)
88' KARLO PRIMORAC (PKNS)

Sime Darby 1-1 T-Team
8' PATRICH WANGGAI (TTM)
22' MOHD FADZLI SAARI (SDA)

LionsXII 0-2 Perak
17' ABDULAFEES ABDULSALAM
65' MILAN PUROVIC

Johor DT 3-0 Kelantan
26' Amirulhadi Zainal (JDT)
53' Nazrin Nawi (JDT)
88' Luciano Figueora (JDT)

Terengganu 1-1 ATM
59' Farhan (TER)
64' Fabrice Noël (ATM)

Pemilihan PKR Yang Memalukan Dan Menjijikan



Seorang penyokong calon yang bertanding di pukul dalam sebuah gerai tadi.

Pkr nak apa lagi?

Keadaan remaja OKU dilaporkan tidak membimbangkan



SEREMBAN - Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.

"Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya," katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS di sini, hari ini.

Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian.

"Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM," katanya.

Remaja itu ditemui semasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menjalankan operasi bersepadu Ops 6P di kawasan itu pagi ini.

Ketika ditemui, remaja itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Di Putrajaya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pengabaian remaja kurang upaya itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.

"JKM juga akan memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rohani berkata siasatan awal JKM mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun itu merupakan OKU 'celebral palsy'.

"Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan. - Bernama

Nik Aziz Tempat Cuci Dosa? Asyraf, Jamil Dan Muhyiddin?



Betul juga kata ketua pemuda pas kelantan ini.

Siapa cuci dosa?

Tok Guru Nik Aziz

June 20, 2014



Sesusah mana pun kesihatan tok guru. Beliau tak sabar dan bersemangat apabila bersembang soal agama dan perjuangan.

Doakan yang terbaik buat tok guru.

Anak Nazri Taraf Ronaldo?



Ini baru anak menteri. Kerja dengan bapak.

Mungkin dia mampu. Husnozon!

RINGKASAN : PULANG DARI ISTANBUL

June 19, 2014

Hati ini sebak gembira melihat akhirnya Tuan Guru dapat pulang ke tanahair setelah tiga minggu beliau bersama saya berada di bumi bekasan Constantinople yang dibebaskan oleh Muhammad al-Fateh pada 1453 Masehi. Hati ini meruntun bukan kerana merasa berat berpisah dengan kota bersejarah Kostantiniyye (juga dikenali sebagai Islambol, Dersaadet, Istanbul) yang sarat dengan jutaan pengkisahan dan sejarah, tetapi saya terkenangkan santunan dan persahabatan dengan rakan-rakan di Turki. Ketika ini hati saya teringatkan sabda Rasulullah S.A.W:

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Mereka turut sama berada di hospital Medipol Universite Hastanesi di Bagcilar, Istanbul menemani saya setiap hari terutamanya Brother Harun dan anaknya Mus'ab, rakannya Mus'ab Abu Syaaban, pemandunya Abdullah Oflas, Ummit dan Mustafa, Yilmaz dan Abdus Samat dan lain-lain yang memberikan kata-kata semangat bekalan berdepan dengan hari yang tidak diketahui hujungnya, menghiburi hati yang berjauhan dengan sahabat seperjuangan di Malaysia.

Bau kahve dan çay Turki memenuhi ruang bicara kami di kafeteria Medipol bersama sepiring lokum, halva, simit ; dengan kadangkala kami jenuh berbicara mauduk semasa yang menjerebui ekonomi – sosio – politik – kehidupan beragama di Turki, berbicara soal etno-politik yang tersepit di antara dua benua – Asia dan Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus dengan kesibukan kapal dagang di Laut Marmara, kekerasan neo-militari yang merombak resam gerakan Islam di Turki, malah sekali sekala kami mencuba untuk menghangatkan bicara dengan acahan dan prognosis tertentu untuk merungkai kompleksiti masyarakat yang satu masa dahulu adalah sebuah Kerajaan Byzantine dan akhirnya Kerajaan Uthmaniyyah. Ternyata bicara-bicara sedemikian mewajarkan satu bicara dan penulisan khusus, kritis, penuh dengan saranan pro-kontra dan provokatif.

Tidak mampu untuk saya senaraikan setiap orang yang menziarahi kami sepanjang di sini – semuanya ada – tua dan muda. Rakan-rakan dari negara Arab, benua Afrika, Pakistan, Eropah tidak jemu bertandang mendoakan kesihatan berpanjangan. Manakala rakan-rakan di Turki khususnya, Duta dan pihak Kedutaan Malaysia, pakar perubatan, rakan ahli dan pimpinan parti politik dalam negara kita, tokoh korporat dan nasional, wartawan-wartawan yang tidak jemu jemu menghubungi saya, anak-anak muda pelajar kampus universiti dari beberapa negara, semuanya membawa mesej yang sama : “Semoga Tuan Guru bertambah sihat dan selamat pulang ke tanahair tercinta”.

Sekali sekala hati kami terhibur dengan susah upaya kami berkomunikasi, di kalangan pemandu teksi, pekerja hospital, kedai makan, pazari dan sebagainya yang tidak boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, Arab apatah lagi bahasa Melayu. Sesekali kesilapan dan salah faham yang berlaku menjadi hiburan hati kecil kami yang tidak menentu di sini. Tetapi itulah rakyat Turki – mereka bangga dengan bahasa mereka, tidak apologetik, tidak longlai dan tidak inferior, bekerja keras sehingga mampu menjadi kuat di benua Eropah. Diaspora rakyat berketurunan Turki di serata Eropah dan Amerika Syarikat menjadi testimoni kekuatan mereka, sungguhpun kepelbagaian fikrah mereka sangat berwarna warni.

Sepanjang tempoh mendapat rawatan, pemulihan dan kerehatan, kadangkalanya kami berkunjung menatap kehijauan alam dan warna-warni kelopak bunga yang sungguh mengasyikkan di bawah jagaan İstanbul Büyükşehir Belediyesi, terkhususnya di Emirgan Park di daerah Sariyer, Istanbul dan sepanjang pesisir yang menghadap Bosphorus dan geografi Turki -Asia. Sepanjang masa itu juga Tuan Guru akan berterusan berbicara persoalan semasa yang mewarnai politik dalam negara dan dunia, berbicara tentang ayat-ayat al-Quran dan sirah, berkongsi analisa dan sebagainya. Bagi saya, semuanya saya kutip-dengar dan ianya menjadi ilmu yang sangat berguna kepada saya. Kesimpulan saya, ternyata bara perjuangan yang ada pada Tuan Guru tidak pernah malap !.

Sahabat – sahabat yang berada di tanahair juga begitu banyak membantu menguruskan keluarga kami yang berada Malaysia; termasuklah kalangan doktor pakar yang menghubungi kami dan memberikan pandangan mereka. Manakala doa dari seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia amat kami hargai.

Terimakasih semua. Hanya Allah SWT yang boleh membalas segala kebaikan yang diberikan. Semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,
Setiausaha Politik Presiden PAS
*Istanbul - Kuala Lumpur
*(Coretan ketika dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur)

Azilah hadri bekas UTK BUKIT AMAN Ditangkap Khalwat? Betul Ke?

Azilah hadri bekas UTK BKT. AMAN ditangkap khalwat, btol ke?? ?

[9:36AM, 6/19/2014] Atkt: Salam Ydh Dato/Tuan.

-Repot Tangkapan Khalwat melibatkan anggota polis wanita dan bekas pegawai polis lelaki.

(1) BBST Repot 2729/14

(2) Tarikh 19/06/14 @ 0211 hrs

(3) Pengadu RF 125660 D/Kpl Mustapa Kamal B. Hj.Kassim
JSJ Zon 3 Ippd Subang Jaya

(4) Tempat Kejadian No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Selangor.

(5) Fakta Kes
-Pada jam lebih kurang 0120 hrs tarikh 19/06/2014 , semasa pengadu sampai di rumah alamat No.14 Blok A Jalan Dedap Merah 1 Perumahan Polis Ippd Sepang Bandar Baru Salak Tinggi di mana pengadu dapati pintu rumah telah di kunci daripada dalam.

Kemudian pengadu telah mengetuk pintu rumah dan selepas itu pengadu dengar suara isteri pengadu Musliha Bt.Makrani menyahut dengan perkataan sekejap.

Selepas itu , pengadu masuk ke dalam rumah dapati terdapat sebuah bantal dan belinkit/selimut terbentang di hadapan tv ruang tamu rumah dan pengadu syak sesuatu kerana isteri pengadu dalam keadaan kelam kabut.

Pengadu kemudian buat pemeriksaan bilik air dapur dan stor belakang serta bilik hadapan pengadu dapati ketiga tiga anak pengadu sedang tidur.

Selepas itu , pengadu periksa bilik tengah rumah dan selepas buka lampu telah lihat seorang lelaki melayu sedang baring pada sususan baju tepi katil.Kemudian isteri pengadu memberitahu bahawa lelaki melayu tersebut adalah kawannya.

Kemudian pengadu tangkap lelaki melayu tersebut dan isteri pengadu kerana di syakki bersekedudukan di dalam rumah dan pengadu bawa isteri dan lelaki melayu tersebut ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut.

(6) Butir-butir tangkapan,

(6.1)
Nama Azilah B.Hadri
Kpt 760328136051
Alt No.23 Jalan Raja Udang 10 Taman Sepang Putra Sg.Pelek Sepang.
Umur 38 Tahun.
Status Bujang.
Pekerjaan Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas Bukit Aman. G/14055

(6.2)
Nama Musliha Bt.Makrani
Kpt/No.Polis RF 137810
Alt No.14 Blok A Perumahan Polis Ippd Sepang Selangor
Umur 33 Tahun
Status Kahwin.

(7) Tindakan

-Tangkapan telah di serahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan lanjut dan telah diberi jamin polis.

Ini kisah 2 Tok Guru. Doakan kesihatan mereka berdua.



Ini kisah 2 Tok Guru. Doakan kesihatan mereka berdua.

1. Tuan Guru Mursyidul Am PAS.

Wsp YB Dato' Che Lah :

Ana sempat menziarahi Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz di wad HUSM Kbg Kerian pagi tadi. Disamping bertanya kan khabar di Mekah khususnya mengenai cuaca disana, beliau begitu bersemangat bertanyakan beberapa perkembangan semasa seperti kurma yg berbuah di beberapa tempat di Kelantan, perkembangan penternakan kelulut dan perkembangan bidang Bioteknologi di negeri ini. Beliau begitu gembira apabila diberitahu berkenaan perasmian Prog Bio- Kelantan 2014 esok dan makluman mengenai Plan Strategik Bio Economi Kelantan yg sedang dirangka hasil kenyataan beliau beberapa Tahun lalu mengenai Kelantan Bio Valley. Beliau juga Sangat seronok apabila saya memberitahu bahawa Dua minggu lepas kerajaan negeri telah mengadakan Bengkel Halatuju Pembangunan Industri Lebah Kelantan yg disertai para ilmuan Dari pelbagai Universiti dan jabatan serta para usahawan. Tok Guru juga sungguh gembira apabila saya memberitahu Pokok kurma yg kita tanam di Madinatul Ilmi Pasir Putih sebagai projek perintis Kebun Kurma dibawah Prog Bertani Satu Ibadah, sudah ada yg mengeluarkan buahnya. Tok Guru juga sempat Memberikan pesanan agar tidak dibebankan Pemimpin atasan dgn bebanan yg begitu banyak sehingga tidak tertanggung oleh badan, sambil Memberikan contoh Dato Seri Tuan Guru Presiden yg menanggung beban Kerja yg begitu banyak. Beliau juga memberitahu, bahawa beliau sendiri Dua kali terjatuh masa Pilihanraya yg lalu. Atas sebab itu katanya, beliau merasakan beliau tidak mampu Lagi utk meneruskan tugasnya sbg Menteri Besar. Kata beliau lagi, " ambo panggil Dato Mad royak kata Nak serah ke dia, menggeletar Dato Mad" katanya sambil menggayakan Dgn tangannya. Tok guru tetap bersemangat. Sempat juga beliau bertanya Siapa boleh ganti dia Kuliah Pagi Jumaat lusa. Ana terpaksa minta diri utk berundur bagi membolehkan beliau berehat.

2. Tuan Guru Presiden PAS

KENYATAAN MEDIA RINGKAS

Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

Pasukan Pilihan Najib Di Piala Dunia



Kesian.

Bungkus awal.

TG Haji Hadi Selamat Pulang Ke Tanah Air

KENYATAAN MEDIA RINGKAS

Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu.

Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

Piala Dunia: Sepanyol Bungkus Awal



Juara bertahan Sepanyol tersingkir awal apabila giliran skuad kerdil Chile pula menconteng arang ke muka mereka dengan kemenangan 2-0.
Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Chile bakal mengiringi Belanda untuk ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan.

Anak buah Vicente Del Bosque itu melakukan rombakan di bahagian pertahanan di mana Gerard Pique diletakkan dibangku simpanan, terus meminggirkan Xavi tetapi mengekalkan Diego Costa dan Iker Casillas.

Namun jelas keyakinan Sepanyol masih goyah apabila hampir menjaringkan gol sendiri seawal minit pertama.

Kegusaran itu menjadi kenyataan apabila juara bertahan itu menerima tamparan apabila Eduardo Vargas meledak gol pertama hasil kesilapan benteng Sepanyol ketika perlawanan berusia 19 minit.

Chile seharusnya diberi kredit kerana kerjasama mereka mempertahankan kubu mereka sehingga menyukarkan Sepanyol.

Costa pula terlepas peluang menarik tetapi rembatannya kurang tepat dan hanya menggegar jaring pasukan lawan dari sebelah tepi.

Pada minit ke-43, Chile menambah luka Sepanyol dengan jaringan kedua mereka akibat kegagalan Iker Casillas menumbuk bola ke kawasan selamat. Akibatnya bola singgah tepat di kaki Charles Aranguiz yang begitu tenang menyempurnakan peluang tersebut.

Sepanyol menyambung perlawanan dengan hantaran lebih pantas tetapi masih belum dapat mencipta gerakan hebat.

Melewati sejam perlawanan barulah kelibat Fernando Torres dipertaruhkan.

Tetapi ia masih gagal mengubah keputusan perlawanan kerana apa yang diperlukan Sepanyol adalah sentuhan kreatif ke dalam gol.

Malah pada m68, Mauricio Isla hampir sahaja menjadikan kedudukan 3-0 namun sepakannya melambung tinggi.

Walaupun Sepanyol berusaha untuk bangkit, tetapi segalanya terus tidak menjadi.

Kini Sepanyol akan beraksi perlawanan berikut bertemu Australia dengan harapan mengelak untuk mengulangi pencapaian buruk Perancis pada 2002 dan Itali 2010.

Keadaan Terkini TG Nik Aziz Di Hospital

June 18, 2014



Doakan semoga tok guru diberi kesihatan yang baik.

Banyak lagi ilmu dan pengalaman yang patut tok guru kongsi dengan kita.

Hishamuddin Pangku Jawatan TPM?

Zaharin Mohd Yasin

Ada orang kata menjelang jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal UMNO.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein.. Jika si 'pondan' ini jadi TPM.. pejabat UMNO dimana-mana sila kemaskan pejabat anda... PrU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO. Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada lagi.

Status dari fb zahrin.

Jawapan Seorang Ahli Mesyuarat MPKB Berkenaan Teguran Audit

Nik Baharum

Jab. Audit ada tegur kita ttg pembelian smartphone kena tidak ditender sedangkan ianya melebihi kadar yg membolehkan pembelian secara terus selain drp pembelian yg melebihi kadar kelayakan pegawai dan ahli majlis, kerana kalau mengikut pekeliling perbendaharaan pegawai bg gred 41 - 52 kadar kelayakan utk hp adalah sebanyak RM750 sahaja.(Pekeliling Perbendaharaan 3 Tahun 2013).

■ Kerajaan Negeri Kelantan tidak menerima pakai Pekeliling Perbendaharaan 3/2013 lanjutan itu MPKB jgk tidak menerima pakai pekeliling berkenaan. Maka isu pembelian smartphone kpd ahli majlis yg melebihi kadar tidak berbangkit kerana Mesy Penuh kita telah meluluskan pembelian smartphone kpd semua ahli majlis & pegawai selaras dgn pelaksanaan e-meeting yg tidak menggunakan kertas semasa mesy yg dijalankan di MPKB. Kadar yg dilaksanakan adalah sebanyak RM1500 bg setiap pembelian smartphone berkenaan (jika lebih kena tambah dan jika kurang kita bayar pada harga sebenar - bill yg dikemukakan), dimana tender kita tidak laksanakan kerana keperluan yg pelbagai bg pegawai & ahli majlis eg. ada ahli majlis nak iphone, ada nak ipad, ada nak tablet Samsung, ada nak Note dll. Jadi tender tidak dapat dibuat. Jika konsep tender dibuat hanya pembekalan pada 1 jenis smartphone sahaja. Kos penggunaan kertas dapat dijimatkan bg mesy berkaitan (kalau tak silap) sebanyak RM40 ribu lebih setahun. Selain drp itu ahli majlis yg berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dgn MPKB akan menyalurkan sebarang permasalah di lapangan secara terus kepada pejabat MPKB melalui email dan lain2 perantara media penghubung terkini. Penggunaan smartphone sangat berkesan kerana ianya boleh mengambil gambar dan fungsi2 lain yg bertepatan dgn keperluan semasa.

● Isu pembelian hanya 2 phone yg berharga RM164,704 pada pendapat saya adalah tidak tepat dan diragui. Saya perlu menyemak dgn Bhg.

Adik beradik baham duit

June 17, 2014



Kalau betul apa yang didedahkan. Memang hangus macam tu la. Perangai umno.

Neymar beri peringatan

http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResize.ashx?image=~/Portals/0/International%20Football/130614NeymarXL.jpg&height=580&portalID=0


Brazil bertemu Mexico awal pagi Rabu ini dengan kedua-dua pasukan sedar kemenangan hampir pasti akan memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.

Pasukan tuan rumah memenangi perlawanan pembukaan mereka walaupun mengakui tekanan ke atas mereka amat tinggi selepas mengalahkan Croatia 3-1 di dalam perlawanan yang dilanda kontroversi.

Dihadiahkan sepakan penalti yang semasa kedudukan 1-1, Brazil menerajui perlawanan buat pertama kali dan kemudian melihat jaringan Croatia diketepikan kerana Ivica Olic dipersalahkan kerana mengasari penjaga gol Julio Cesar.

Mexico pula mendapat manfaat dari ketabahan mereka apabila pasukan kendalian Miguel Herrera apabila dua gol jaringan Giovani dos Santos dibatalkan walaupun ulangan aksi itu jelas menunjukan pemain tersebut tidak ofsaid semasa dia melakukan sentuhan penyudah.

Oribe Peralta akhirnya memastikan mereka menang tipis 1-0 keatas Cameroon.

Brazil yang akan bertemu Cameroon pada perlawanan terakhir Kumpulan A minggu depan, boleh menempah tempat teratas jike berjaya menang di Fortaleza.

Mexico pada masa yang sama mempunyai perlawanan yang agak rumit menentang Croatia dalam aksi akhir peringkat kumpulan dan akan yakin mencipta sesuatu dari Estadio Castelao untuk memastikan mereka sampai ke peringkat kalah mati buat Piala Dunia keenam berturut-turut.

Penyokong Brazil akan menaruh harapan yang pasukan mereka akan lebih mendominasi lawan selepas Croatia mendedahkan beberapa masalah pada barisan pertahanan mereka.

Terutama sekali selepas Marcelo menjaringkan gol sendiri untuk memberi pasukan Niko Kovac gol pendahuluan.

Pengendali Luiz Felipe Scolari masih bimbang dengan kecergasan Hulk selepas pemain itu meninggalkan sesi latihan Ahad lepas dengan masalah paha.

Pemain harapan Neymar yang menjaringkan dua gol menentang Croatia, pasti mengintai menambahkan jumlah golnya untuk Brazil dan kapten Mexico Rafael Marquez telah memberi amaran pada rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah penyerang muda Barcelona itu.

Herrera tidak mempunyai masalah kecederaan pada pemainnya dan akan menyasarkan ulangan aksi final Olimpik 2012 di mana mereka mengejutkan Brazil 2-1 di Wembley hasil jaringan gol-gol Peralta.

Dendam AS terbalas

http://www.stadiumastro.com/DesktopModules/PackFlashPublish/Resources/handlers/imageResize.ashx?image=~/Portals/0/International%20Football/170614dempsey.jpg&height=580&portalID=0


Amerika Syarikat (AS) berjaya memadam luka dua edisi lalu apabila John Brooks muncul wira untuk jaringan kemenangan 2-1 ke atas Ghana.

Clint Dempsey hanya memerlukan 10.89 saat untuk menembusi pintu gol Black Stars, gol terpantas kelima Piala Dunia serta turut mencipta sejarah baru sebagai pemain AS pertama yang menjaringkan gol dalam tiga temasya berbeza.

Pada minit ke-21, malang menimpa penyerang sasa AS, Jozy Altidore yang terbaring di atas padang ekoran masalah hamstring dan terpaksa ditukarkan dengan Aron Johannsson.

Sejurus selepas itu, Dempsey terpaksa mendapatkan rawatan di luar akibat pendarahan hidung akibat disepak John Boye.

Di akhir separuh masa pertama, Sulley Muntari dan Jermaine Jones sempat bercakaran tetapi situasi kembali reda tanpa layangan kad.

Anak buah Kwesi Appiah memperkemaskan permainan mereka dan mula melakukan hantaran lebih berbahaya ke dalam kotak penalti lawan pada babak kedua.

Ghana tidak pernah bangkit dalam perlawanan Piala Dunia selepas ketinggalan, namun mereka keras untuk memadamkan rekod buruk itu apabila melancarkan serangan bertali arus yang diketuai Asamoah Gyan.

Walaupun bahagian tengah mereka tidak cukup begitu kreatif, Ghana merekodkan 25 dalam perjalanan untuk ke Brazil.

Tetapi tonggak yang diharapkan, Gyan membazir beberapa peluang menarik.

Wakil Afrika itu kemudian menukar percaturan dengan memasukkan Kevin Prince-Boateng dan pemain paling berpengalaman, Michael Essien namun masih belum cukup untuk melepasi halangan terakhir AS, Tim Howard.

Penantian Ghana akhir berakhir dengan penyudah kencang Andre Ayew pada m82.

Perlawanan menjadi lebih rancak selepas itu kerana kedua pasukan sedar, hanya tiga mata akan mencerahkan peluang mereka dalam Kumpulan G yang turut dihuni Jerman dan Portugal.

Bagaimanapun pada m86, John Brooks meremukkan hati penyokong Ghana apabila lonjakan tinggi lalu tandukkannya menggegar gawang gol lawan.

Maksiat Banyak Di Kelantan? Kurma Berbuah?



Apabila seorang prof membuat kajian beliau.

Fuh!

Nasihat untuk penceramah PAS

Nazhi Naina Mohamad

Para penceramah PAS perlu memahami bahawa dakwah mereka mesti membawa ummah mengenali Islam terlebih dahulu. Bukan mengenali parti PAS. Bukan cerita tentang politik dan kuasa semata mata.
Jangan penuhkan minda ummah dengan kekalutan isu.

Penceramah dan pendakwah PAS mesti membawa ummah mengenali Islam terlebih dahulu. Kenalkan ummah dengan wahyu dan syariat. Pamerkan sunnah dan keindahan akhlak dan adab rasulullah kepada ummah. Pasakkan dalam minda ummah, bahawa matlamat agung kita adalah keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat. Dunia dan kuasa politik hanyalah check point untuk melihat kesungguhan usaha. Bukannya kemuncak kehendak.

Jika ummah semata mata diisi dengan politik, parti, kuasa, isu dan pelbagai perkara lain, maka lahirlah ummah yang matlamatnya kuasa dan dunia. Bukan keredhaan Allah.

Kita sudah dapat melihat sekarang betapa terdapat segelintir ahli PAS yang sudah terpesong dari ketulinan matlamat perjuangan PAS. Sanggup membelakangi jamaah, ingkar keputusan presiden dan parti bahkan menyanggah keputusan parti. Ada juga jenis yang kecewa bila tidak mendapat jawatan. Lalu mencipta onar dalam jamaah.

Sungguh, kembalilah kepada ketulinan manhaj Islam dan jamaah ini. Pacakkan dalam minda semua, matlamat agung kita adalah keredhaan Allah dan keselesaan di akhirat.

DS Anwar Lawat Kawasan

June 15, 2014



Anwar melawat kawasan sekitar mengkuang.

Musibah melanda di UIA apabila Mahathir cakap Hudud tidak adil

June 5, 2014



Musibah melanda uia setelah mahathir datang ke sana semata-mata nak kutuk hukum Allah.

Felda Arah Peneroka Ke Shah Alam?



ini lawak dalam sukan. penyokong boleh dipaksa hadir.

adoi betul-betul perangai macam umno.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.