Chempaka: 2 calon bebas dipecat dari Umno

Umno telah memecat dua ahlinya - Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin - berkuatkuasa serta-merta kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Chempaka, lapor Umno online.

Menurut laporan itu lagi, ini berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti yang tidak meletakkan calon bertanding di PRK tersebut.

Sharif berdaftar sebagai ahli Umno Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah pula dari cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Menurut laporan itu lagi, pemecatan mereka dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Surat pemecatan mereka, tambahnya, telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno hari ini yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PRK Chempaka pada 22 Mac ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Selain Shariff dan Fadzilah, dua lagi calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Shariff, 58, merupakan bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan, manakala Fadzilllah, 55, pula merupakan yang dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang.

2 comments

mosabit said...

jangan bimbang...bila menang nanti umno akan terima ko balik....kah kah kah

PAK JHONATANG DI MALAYSIA said...

HANYA BERBAGI PENGALAMAN, KEMARIN SAYA BERHASIL MENANG TOGEL 100 JUTA BERKAT ANGKA YANG DIBERIKAN KY DARMO. JIKA TIDAK PERCAYA BUKTIKAN SENDIRI, HUBUNGI KY DARMO DI NOMOR 0_8_2_3_1_0_1_4_2_2_5_5. DIJAMIN TEMBUS 100%…

Powered by Blogger.