Terkini! Gambar Koperal Zakia Alip selepas dibebaskan



Dengan penuh rasa syukur kita mengumumkan kepulangan Lans Koperal Zakia Alip ke tanahair setelah sekian lama menjadi tahanan oleh kumpulan pengganas Selatan Filipina. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.
 
Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Lans Koperal Zakia Alip. 

Saya juga telah menghubungi YAB. Perdana Menteri pagi ini. Beliau merakamkan rasa gembira dengan berita pembebasan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang telah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Lans Koperal Zakia. 

Sebagai Pengerusi JK Kerja Keselamatan Negeri dan ESSCOM, saya menyeru pasukan keselamatan kita agar sentiasa bersiap sedia dan bersiap siaga dalam apa jua keadaan. Ini bagi memastikan agar keselamatan dan keamanan negeri dan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan, khususnya di kawasan perairan kita.

No comments

Powered by Blogger.