News Update :

Kenyataan Media Tuan Ibrahim Tuan Man

March 10, 2015

Terima Kasih PAS Kota Bharu: Inilah pendirian saya.

Pencalonan saya untuk mencabar TGHH sebagai Presiden merupakakan satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti. Sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya diera Kepimpinan Ulamak. 

Saya melihat manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'( berlomba melakukan kebaikan).

Kepimpinan TGHH telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat. Kalau kesatuan Ulamak Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua di dunia, apakah wajar kita mencadangkan untuk menggantikan beliau ? Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar. Walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan 'syura' lebih mulia dari demokrasi. Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura. 

Atas pencalonan dari PAS Kawasan Kota Bharu, saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Namun saya menolak pencalonan tersebut dan menyeru semua kawasan lain agar terus mendokong Kepimpinan TGHH sebagai Presiden parti.

"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu".

Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib Presiden PAS.
10hb Mac 14.

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

2 comments:

Malaysiabaru said...

Bodoh sungguh ko ni tuan cibaihim anak sedara nik aziz..
jika hadi mampus di ijn.. mat sabun akn jd presiden... buduh
A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi

Malaysiabaru said...

Budoh sungguh tuan cibaibrahim nih anak sedara nik ajijis
kalau hadi mampos di ijn, mat sabun akn jd presideng
A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.