Bekas Mufti selamat jalani pembedahan, kini stabil
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Pulau Pinang, Dato' Sheikh Azmi Ahmad, 64, terpaksa dipotong kaki kirinya semalam kerana mengidap penyakit kencing manis. -->
Isterinya, Datin Tunku Mahtera Tunku Kassim yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, rawatan tersebut dijalankan di Pusat Perubatan Kampung Baru, dekat sini.
"Beliau di tempat di bilik ICU dan keadaannya stabil dan beliau sudah sedar," katanya yang menemani suaminya bersama seorang anak dan menantunya.
Katanya, Sheikh Azmi yang sudah lama mengidap penyakit tersebut mendapat rawatan tradisional di Anjung Rahmat, Gombak, Selangor, dua minggu lalu.
"Kami tengok penyakitnya bertambah serius dan disebabkan itu kami bawanya Pusat Perubatan Kampung Baru," katanya.
Sementara itu, katanya semalam Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Azizah Ismail turut menziarahinya.
Syeikh Azmi sebelum ini pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti KeADILan. - mks.

No comments
Post a Comment