Rakyat dibunuh di saat pemimpin mengadakan rundingan damai

Selasa, 15/01/08 - 3 rakyat Palestin telah terbunuh awal Isnin lepas (14/1/08) setelah jet pejuang rejim Zionis telah menyerang kereta berhampiran rumah pemimpin Hamas yang merupakan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya bertempat di bandar Gaza. Serangan berlaku sebaik sahaja pemimpin Palestin dan Israel di atur bagi rundingan keamanan di Jerusalem.Saksi-saksi berkata, 3 lelaki sedang memandu sebuah kereta berhampiran rumah Haniyya sebelum jet pejuang melepaskan 2 peluru berpandu ke arah kereta itu.Sumber perubatan berkata, lelaki pertama mati di tempat kejadian manakala 2 lagi mati di hospital. 2 dari mereka di kenali sebagai Nidal al-Amodi (35), Maher al-Mabhoh , sementara lelaki ketiga tidak dapat dikenali kerana kebakaran yang serius pada mukanya.Sumber dari Palestin memberitahu di Gaza, ketiga2 yang mati itu merupakan pejuang Al-Islam , kumpulan pejuang baru di Gaza.Note: sumber : http://imemc.org penterjemah : affiza057

No comments

Powered by Blogger.