Hanya kuasa Allah boleh mengembalikan adik Sharlinie
Sehingga ke hari ini kita masih tertunggu-tunggu lagi berita perkembangan kes culik adik Sharlinie yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin masih menaruh harapan dan berdoa agar adik kecil yang tidak berdosa itu akan selamat pulang kepangkuan ibu-bapa mereka di Taman Medan.Saya terkejut apabila terbaca dalam akhbar pagi ini bahawa serombongan 50 orang bomoh turut mengunjungi kediaman keluarga malang ini dan mengajak mereka ke tengah padang permainan di tempat dimana adik Sharlinie hilang dan telah melakukan beberapa “ritual” kebomohan dengan penyertaan ibu-bapa dan kaum keluarga yang malang itu.Jika ya sungguh bomoh-bomoh ini mahu memberi khidmat, tidak perlulah sehingga mengambil kesempatan dari kesusahan kaum keluarga ini sehingga menyeret sama mereka melakukan upacara yang entahkan betul entahkan tidak itu.
Saya tidak berani menyatakan yang ianya termasuk dalam amalan syrik tetapi apabila ia menjadi tontonan orang awam, apabila keluar di dada-dada akhbar, yang saya bimbang orang akan mempersendakan Islam yang kononnya toleran dan menerima jenis amalan bomoh seumpama ini.
Pagi tadi saya difahamkan MB Kelantan seawal jam 8pagi telah mengunjungi rumah keluarga berkenaan ketika penduduk Taman Medan masih berihat-rihat cuti Thaipusam. Tok Guru MB Kelantan singgah di masjid berdekatan mengerjakan solat tahiyatul masjid dan terus menuju ke rumah Sharlinie. Di sana beliau dan isteri bertanya khbara kepada ibu-bapa anak berkenaan. Tok Guru telah memberikan tazkirah ringkas sambil didengar dengan penuh teliti oleh kedua ibu-bapanya dan mereka yang hadir.
Majlis diakhiri dengan doa oleh Menteri Besar Kelantan itu, saya kira satu-satu VVIP yang membaca sendiri doa sambil diaminkan oleh semua yang hadir.Mudah-mudahan tazkirah dan doa Tok Guru itu menyuci sebarang amalan syihir (jika ada) oleh Tok-tok Bomoh sehari sebelumnya. Mudah-mudahan Allah swt mengembalikan Sharlinie berkat doa dan ikhtiar halal semua yang ikhlas dan prihatin.
No comments
Post a Comment