PM (buat-buat) Terkejut Jenayah Tinggi
PADA 8 Jan., media massa melaporkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai bertanya: “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”Dua soalan serentak daripada Perdana Menteri itu merujuk kepada peningkatan besar kadar jenayah yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2007.
Jadi adakah Perdana Menteri atau kita semua perlu berasa terkejut dengan berita “kehilangan” Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun, pada 9 Jan. lalu?Saya rasa kita tidak terkejut lagi. Sebaliknya kita berasa semakin sedih, semakin marah dan semakin ketakutan kerana keselamatan kita, keselamatan orang yang kita sayang dan keselamatan orang yang patuh kepada undang-undang semakin tidak terjamin.Apakah Perdana Menteri terkejut kerana beliau menyangka negara ini terus selamat atau masih selamat? Atau apakah sebelum ini pihak polis tidak memaklumkan kepada menteri mereka sendiri bahawa jenayah semakin menjadi-jadi?(Saya tiba-tiba teringat kepada "ancaman" persatuan-persatuan polis tidak lama dulu untuk membiarkan jenayah berlaku jika pemerintah melaksanakan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)).Dalam taklimat kepada Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Menteri Kewangan itu, polis memaklumkan yang jenayah pada keseluruhannya meningkat tujuh peratus tahun lalu.Dalam suasana yang membimbangkan ini, kita berdoa dan berusaha sebaik mungkin agar Sharlinie tidak menjadi satu lagi angka dalam statistik jenayah.Secara kebetulan, sedang saya menulis mengenai “kehilangan” Sharlinie, telefon selular saya berdering. Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) agensi berita Reuters memaklumkan: “Ethnic Indian politician S. Krishnasamy shot dead in Malaysia.” (Ahli politik etnik India S. Krishnasamy ditembak mati di Malaysia.)Maka sekarang giliran saya bertanya kepada para pembesar pemerintahan Malaysia; apa yang sedang berlaku? Mengapa Malaysia tiba-tiba menjadi begitu tidak selamat? Apakah ini petanda kita sedang ditimpa bala dan balasan?Mungkin ada hikmah di sebalik pembunuhan S. Krishnasamy yang berupa Timbalan Ketua MIC Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh.Menurut laporan Bernama, beliau ditembak di Ibu Pejabat MIC di Johor Baru oleh seorang yang tidak dikenali pada kira-kira jam 2 petang tadi (11 Jan.).Oleh sebab dia seorang pembesar politik pemerintah, pembunuhannya sudah tentulah menimbulkan kegusaran dan ketakutan di kalangan para pembesar lain.Harap-harap daripada kegusaran dan ketakutan itu timbullah kesedaran dan kesungguhan untuk menangani masalah jenayah yang semakin meruncing itu dengan lebih bersungguh-sungguh.Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.Jika Perdana Menteri yang dilindungi oleh tembok pengawal dan pegawai keselamatan 24 jam sehari boleh bertanya “What’s going on? Why is it so high?”, apa halnya dengan rakyat biasa?Apa halnya dengan rakyat jelata yang tidak mampu mengaji bekas komando polis dan tentera untuk mengawal keselamatan mereka dan tidak mampu tinggal di projek perumahan berpagar?Apa halnya dengan mereka yang terpaksa tinggal dan membesarkan anak-anak mereka di kawasan sesak yang turut dihuni oleh pengedar dan penagih dadah, pencuri dan pesalah seks?Di kawasan seumpama inilah Sharlinie dan Nurin dibesarkan dan akhirnya menjadi mangsa kebinatangan manusia. Sampai hari, janji membawa pembunuh Nurin ke hadapan pengadilan masih tidak tertunai.Ke atas bahu siapakah hendak kita pertanggungjawabkan beban kemerosotan keselamatan dan keamanan negara yang begitu ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini?Apabila bekalan minyak masak tiba-tiba hilang dari pasaran, kita persalahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Shafie Apdal.Apabila isu AP meletus, kita persalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa Rafidah Aziz, walaupun dia menafikannya dengan sekeras-keras hati.Apabila lebuh raya runtuh kita persalahkan Menteri Kerja Raya S. Samy Vellu dan beliau sebaliknya menyalahkan takdir (“act of God).Tetapi apabila kadar jenayah meningkat dua tahun berturut-turut, siapa yang hendak kita pertanggungjawabkan?Menteri Keselamatan Dalam Negeri atau Perdana Menteri orangnya sama?Tidak guna kita cuba berlindung di belakang jari kelengkeng dengan mengatakan kadar jenayah naik kerana polis menggunakan kaedah pengkategorian baru. Jenayah tetap jenayah tidak kira apa kategori atau labelnya.Sebaliknya, pemerintah perlu mengkaji kaitan antara peningkatan kadar jenayah dengan kenaikan kos sara hidup, pengangguran, keruntuhan struktur sosial, pembanjiran pendatang asing, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Amat tidak meyakinkan apabila kadar jenayah semakin meningkat tetapi berpuluh-puluh malah beratus-ratus kereta peronda polis “tersadai” di balai-balai polis entah kerana apa.Mungkin kerana masalah kewangan atau kekurangan kakitangan. Sebab itulah agaknya Perdana Menteri membawa Menteri Kewangan Kedua Noor Mohamed Yakcop apabila menghadiri taklimat PDRM itu.Apa pun sebab dan alasannya, peningkatan kadar jenayah ini tidak membantu usaha mencapai matlamat pemerintahan cemerlang, gemilang dan terbilang, dan masyarakat bertamadun – hadhari.

No comments
Post a Comment