Politik nyawa dan politik lembu korban raya

Dalam kes A Kugan, apakah perkara yang paling tidak boleh dinafikan kebenarannya? Jenayahnya? Kegiatannya? Kejahatannya? Nope, kes A Kugan tidak boleh menafikan langsung bahawa dia mati di bawah jagaan polis. Punca kematian telah selesai disiasat oleh Polis. Walaupun belum diumumkan, Gani Patail telah mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh. Siapa membunuh, orang awam belum tahu lagi. Buat masa sekarang, hanya Polis dan Tuhan yang tahu. Tapi aku pasti, kalau tanya sama Sammy Velu, jawapnya “itu Tuhan punya kerja”.

Apa yang paling menjelekkan dalam kes A Kugan ini ialah bilamana politikus kerajaan dan pihak polis cuba menukar perspektif daripada rakyat yang bangun meluahkan keresahan terhadap ketidakprofesionalan polis kepada isu perkauman! Api perkauman sekali lagi dibakar. Sedangkan hal yang jelas sekarang semua kaum, India, Melayu, dan Cina bangun sekata mempersoalkan tindakan polis menjaga suspek. Isu pokok ialah kenapa selepas disiasat, diadakan suruhanjaya di Raja untuk menyiasat polis, sudah ada cadangan2 penambahbaikan, dan setelah gaji2 polis dinaikkan, mereka masih bekerja seoalah2 menggunakan SOP tahun 1960 ketika bumi Malaya diganasi komunis? Ia bukan soal kaum, ia soal profesional.

Kemudian Hamid Albar pulak mengeluarkan kenyataan berbunyi “jangan angkat penjenayah sebagai hero”. Aku setuju 100% bahawa kita tak boleh angkat penjenayah sebagai hero. Even Robin Hood pun aku tak pernah bersetuju dengan tindakannya. Tetapi dalam hal ini, adakah A Kugan merupakan seorang penjenayah - seorang yang telah disabit kesalahan dan dihukum, ataupun masih sekadar suspek yang sedang disiasat? Beliau mungkin tak bersalah, atau mungkin bersalah. Tetapi yang jelas, semasa beliau mati, kesalahannya masih belum dapat dibuktikan - dan beliau masih belum boleh dilabel sebagai penjenayah.

Hamid Albar cuba memesongkan minda rakyat dengan menuduh bahawa mereka yang bangun melihat kes A Kugan sebagai satu “jenayah cover-up” polis dan inginkan keadilan kepada semua, dilabel sebagai manusia2 yang cintakan penjenayah. Ini merupakan political-twist yang sangat memualkan.

Hamid Albar meneruskan lagi kenyataan memualkan dengan memberitahu “pihak2 tertentu” agar tidak mempolitikkan isu ini. Sekali lagi cuba menukar persepsi rakyat dengan menggambarkan ahli politik cuba mengambil kesempatan daripada perkara yang “tak sepatutnya”. Mid, ketahuilah oleh kamu bahawa rakyat lebih rela melihat para politikus turun padang membela nyawa rakyat daripada melihat politikus bercakap dalam tivi cuba menjadi juara lembu korban! You are sick!

A Kugan bukan hero. A Kugan jugak belum dibuktikan sebagai penjenayah. Tetapi yang pastinya A Kugan mati dalam tahanan, dan jawapan pertama polis ialah “mati mengejut” sedangkan tubuhnya penuh dengan luka2 kecederaan yang boleh dipersoalkan! Itu yang rakyat bengang. Rakyat bukan bengang sebab perkauman, rakyat bukan bengang sebab polis menyoal siasat tahanan, tetapi rakyat bengang bila polis melayan rakyat sebagai manusia2 bangang! Itu yang rakyat bengang.

Kerajaan, terutama ahli politik BN, perlu belajar memahami kebengangan rakyat. Jangan menambahkan bengang mereka dengan mengeluarkan kenyataan2 yang membangangkang rakyat. Belajar melihat isu yang lebih kritikal. Faham apa sebenar yang dijeritkan rakyat. Ingat, rakyat lebih pedulikan kepada ahli politik yang membela nyawa manusia, daripada yang nak menjadi hero menuntut keadilan lembu2 korban hari raya.

Untuk memberikan komen / maklumbalas, sila ke:
http://jahilgoblog.net/?p=261

No comments

Powered by Blogger.