Sekitar Pengebumian Kugan - Malaysiakini


Malaysiakini : Empat ditahan polis di hospital UM

Empat ditahan polis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan - didakwa mati dibunuh dalam jagaan polis minggu lalu - pada jam 2 petang ini.

Ketua polis daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini, dua daripada mereka ditahan jam 12.50 tengah hari ini dekat pintu masuk utama hospital itu.

Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang keempat-empat yang ditahan dan dibawa ke balai polis Brickfields.

Beberapa ratus berkumpul di dalam dan luar kawasan PPUM sekarang bagi menunggu perarakan sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

Polis kini mengawal ketat orang ramai keluar masuk ke hospital tersebut.

Gambar gerombolan FRU di sekitar balai polis Pantai di Jalan Pantai Baharu

Pengebumian Mendiang Kugan dijadualkan hari ini bermula pukul 1.30 petang di Hospital Universiti. Polis telahpun mengeluarkan amaran menghalang orang ramai untuk menyertainya. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

9.30 pagi: Helikopter PDRM telahpun berkeliaran di sekitar Petaling Jaya dan Lembah Pantai. Apalah yang akan berlaku hari ini?

11.00 pagi: Polis dan FRU telahpun mula berkawal di Jalan Universiti, Petaling Jaya. The Star turut melaporkan disini.

11.23 pagi: Helikopter PDRM masih lagi berlegar-legar diudara disekitar Petaling Jaya dan Lembah Pantai.

11.52 pagi: NGO dakwa perarakan mayat Kugan bukan politik. Klik disini.

Amin Iskandar

02.00 petang: Kira-kira dua ribu orang berhimpun di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya untuk mengiringi jenazah Kugan ke tanah perkuburan di Puchong. Dua daripada empat orang yang ditahan memakai baju bertulis slogan menyokong kumpulan Hindraf manakala alasan untuk penangkapan dua lagi belum dapat dipastikan.

Ratusan anggota polis anti-rusuhan bersenjata gas pemedih mata dan pistol automatik mengadakan kawalan ketat di sekitar hospital itu dan perkaranganya. Jenazah Kugan akan dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ke Balai Polis USJ 8 sebelum diarak ke tanah perkuburan Hindu di Batu 14 Puchong. - TVAntara

No comments

Powered by Blogger.