Pekerja JUSCO Islam jual arak!

Oleh kopiaman

" Pada 24 hb yang lepasa saya pergi ke JUSCO ayer keroh, melaka untuk membeli belah barang barang keperluan.kelihatan ramai orang mengambil kesempatan pada hari minggu untuk membeli belah terutamanya masyarakat cina yang akan menyambut perayaan tahun baru cina.
Saya terpaksa beratur agak lama untuk membuat pembayaran meskipun di kaunter ekspress. Namun itu bukan isu utama disini kerana isu yang hendak ditekan disini ialah sangat menyentuh sensitiviti masyarakat islam.


Semasa saya hendak keluar dari pusat membeli elah tersebut, saya terlihat disudut tepi kedai terdapat jualan ARAK sempena tahun baru cina. Bagi saya ia adalah normal bagi orang bukan beragama islam. Saya hanya melihat sahaja , namun tetiba saya terpandang pekerja yang menjaga kaunter tersebut, terkejutnya saya kerana yang menjaga ialah seorang wanita melayu BERTUDUNG dan semestinya ISLAM, dan bersama seorang lelaki india.

Saya teliti balik pakaian wanita tersebut memakai pakaian uniform JUSCO. jadi ini persoalan saya di minda, kenapa perempuan ini sanggup menjaga kauter tersebut sedangkan ia HARAM untuk terlibat secara langsung atau tidak dalam najis syaitan itu.

Apakah perempuan itu tidak tahu, atau tidak ambil tahu atau beliau terpakasa menjalankan tugas kerana majikan yang memberi arahan. Diharap sesiapa dapat membuat teguran ini ke pihak pengurusan JUSCO atau kedai kedai lain seperti seven eleven yang terag terang menjual arak keapda umat islam.NGO-NGO islam dan parti politik terutama PAS harus ertindak segera.

No comments

Powered by Blogger.