MB Nizar di kampung ku...


Malam tadi MB Nizar ada mai masjid kampung aku. Mula-mula aku pun tak tau tapi aku tau MB memang ada program di Parit Buntar siangnya. Ayah aku pi la program tu wat kat Dewan Merdeka. Frust jugak tak dapat pi sebab keja. Upanya Alhamdulillah malam tu ada rezeki nak dengaq kuliah dari MB. Tapi aku pi lepas solat maghrib la pasal balik keja kui 6. Sampai umah pun dah 6.30 nak rehat lagi, nak mandi lagi. Mujuq la toksu aku yang habaq malam ni kuliah MB.

Aku pun pederaih la kalut ingat nak ligan la solat jemaah berimamkan MB tapi tak dan. Tak palah, dengaq kuliah pun dah cukup..Ni kali kedua la dapat tengok dan dengar MB secara live. MB sampaikan kuliah berkaitan Maal Hijrah, memang sedap cara penyampaiannya. Tak boring, penuh rujukan dan mudah nak faham. MB pun ada sense of humor yang membuatkan orang tak jemu nak dengaq. Tapi yang penting, ilmu yang MB sampaikan itu, kisah Nabi Muhammad berhijrah, masih lagi aku ingat point nya..

Kehadiran malam tu ramai jugak walaupun ramai yang tak tau atau pun tau last minit. Jangankan melayu, 2.3 orang penduduk berbangsa Cina juga turut tumpang mendengar meskipun itu kuliah agama bukan nya ceramah umum. Masa MB bercerita tentang Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah, pemandu yang membawa Nabi bukanlah orang Islam malah budak bangsa Yahudi. Tetapi tiadalah pula sang yahudi ni mengambil kesempatan yang terbentang luas untuk menculik Nabi dan dibawa kepada orang yang memusuhi baginda untuk membunuh baginda. kerana niat yahudi itu menolong ikhlas tanpa mengira bangsa dan pegangan. Aku tengok ada uncle cina ni mengangguk2...faham lah agaknya tu.

Memang Islam pun tak ajar kita kalo nak tolong kene tengok pada bangsa, atau agama. Tetapi berasaskan pada keperluan dan keadilan. Syukur aku tengok kesan kuliah MB tu pada pendengarnya. Mudah-mudahan ni menjadi satu usaha dakwah kepada non-Muslim untuk lebih memahami Islam. Kalo depa dapat hidayah, Alhamdulillah, tu satu bonus yang cukup besar..Lepas abis kuliah, solat isyak berimamkan YB Mujahid Rawa kerana MB kene bergegas pula ke Kuala Kurau ada program lain. Kasihan MB walaupun penat tapi tetap jugak memenuhi tanggungjawab kepada masyarakat.

Mana nak dapat MB macam ni ooo....Banyak jugak isu yang membuatkan masyarakat berpandangan sinikal pada pentadbiran MB baru ni, tapi pada aku, jika nak membuat penilaian, marilah dengar dan bertemu sendiri dengan MB. Lihat gerak badan dan penampilannya, kalo masyarakat merasakan MB seorang yang tidak berwibawa. Barulah anda nampak kebenarannya.

Info from: kakluna

No comments

Powered by Blogger.