ku merindui mu

Abdullah Tiba Di Tanah Air Selepas Lawatan Rasmi



PETALING JAYA, 24 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di tanah air selepas melakukan lawatan rasmi seminggu ke Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pesawat yang membawa rombongan Perdana Menteri selamat mendarat di Pangkalan TUDM Subang kira-kira 8.55 malam.

Abdullah, yang diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Lawatan Perdana Menteri ke tiga negara Teluk itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta sektor lain antara Malaysia dan ketiga-tiga negara berkenaan.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

-- BERNAMA

ahlan wasalam datuk sriii.......manyak susah datuk tak da....najib keja lintang pukang wo.....

No comments

Powered by Blogger.