Pakar DNA: 99.9 peratus sperma tidak mampu bertahan lama

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Pakar patologi genetik dari Australia, Dr Brian McDonald meragui kualiti DNA sperma yang ditemui dalam kes Fitnah II mambabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Brian menyifatkan DNA yang masih wujud walaupun selepas 56 jam diambil dari rektum dan kemudiannya dibiarkan terdedah selama 48 jam lagi pada suhu bilik sebagai tempoh yang paling lama beliau pernah temui sepanjang kariernya.

Beliau sebelum ini ditunjukkan satu rencana bertarikh sekitar tahun 1997 oleh Pendakwa Raya yang menyatakan sperma boleh dijumpai dalam rektum selepas 113 jam.

“(Kes) Anwar ini adalah satu-satunya kes dalam dunia di mana sperma boleh ditemui selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, dan anda masih boleh menemui sampel DNA yang bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan dari Ram Karpal Singh, sewaktu sesi soal balas hari ini.

Dalam perbicaraan sebelum ini, sampel DNA dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia diselubungi kontroversi apabila ia tidak dikendalikan dengan baik oleh pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira.

Jude didapati menyimpan sampel itu selama dua hari di loker di pejabatnya walaupun ia sepatutnya disimpan dalam peti sejuk atau diserahkan terus untuk dianalisa.

Beliau juga didapati membuka penutup bekas yang mengandungi sampel itu sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Kimia.

Tindakan itu menimbulkan keraguan kemungkinan bahan bukti diubahsuai polis kerana mereka sebelum itu didapati mendapatkan DNA dari tubuh Anwar secara tipu muslihat dengan menahan reman beliau semalaman.

No comments

Powered by Blogger.