1BN kecoh Sebab Tok Guru Punya Pasal!


Ong harap kenyataan Nik Aziz tak bawa maksud lain

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat adalah ikhlas dan tidak membawa maksud lain.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata tindakan untuk berbaik-baik itu amat dialu-alukan, terutamanya oleh pemimpin negeri-negeri yang tidak dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Tapi biasanya kemesraan ataupun apa yang disifatkan sebagai berbaik-baik itu kita pun nak tahu juga (kebenarannya), ia mungkin membawa pengertian yang tertentu, jadi saya pun nak tahu juga setakat mana berbaik-baik itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan diploma kepada 831 graduan Kolej Tunku Abdul Rahman pada majlis konvokesyen di sini, Ahad.

Pada satu majlis berasingan, Ong berkata komitmen seseorang terhadap parti yang disokong perlu kukuh dan jelas bagi mengelakkan tindakan lompat parti.

"Dalam senario politik sekarang ini, amat mustahil kita boleh halang seseorang untuk tukar pemikiran politik mereka begitu sahaja.

"Anda mungkin boleh menghentikan seseorang itu keluar daripada parti A ke B, tetapi anda tidak akan dapat menghentikan seseorang daripada mempunyai pemikiran sedemikian (untuk melompat parti)," katanya selepas merasmikan Pusat Pembelajaran Komuniti MCA Wangsa Maju di Taman Danau Kota di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan bekas naib presiden MIC, Datuk S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam. BERNAMA

kahkahkah....kahkahkah...hancurrrrrrrrr umno. mana mana nak makan duit rasuah kalau tok guru ada?

No comments

Powered by Blogger.