9 Angkat Sumpah, Pelantikan Ahli Majlis Baharu MBSA

SHAH ALAM, 22 Julai - Sembilan lagi ahli Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini mengangkat sumpah, menyertai 16 yang lain bagi sesi 2009/2010 dalam satu upacara di dewan MBSA, petang tadi.

Lapan daripada mereka adalah ahli majlis terdahulu yang dikekalkan, manakala seorang lagi ahli majlis baharu.

Majlis angkat sumpah dijalankan di hadapan Datuk Bandar, Mazalan Mohd Noor bermula jam 3.30 petang tadi.

Mazalan ketika ditemui berkata, beliau sangat berpuashati terhadap khidmat yang dilakukan oleh ahli majlis terdahulu dan berharap gabungan baru ini lebih mantap.

“Ia dapat saling memahami antara ahli majlis dan pentadbiran,dan mereka lebih peka kepada kawasan sebegini,masalah masalah yang ada dalam kawasaan tersebut.Saya harap pada tahun ini kita lebih,yang lepas dah baik. Biasalah kita improved lagi dari masa ke semasa”, katanya ketika ditanya pemberita.

Seramai 25 orang, termasuk Datuk Bandar akan menerajui Majlis Bandaraya Shah Alam tahun ini. Tiga daripada mereka adalah muka baru yang dipilih mengikut kreteria yang sudah ditetapkan.

Mereka adalah Sebastian Rao, Ng Boo Teck dan Khairuddin Othman.

Sebastian Rao berkata, beliau akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk berkhidmat sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk Shah Alam.

Sementera itu, Khairuddin Othman pula menegaskan bahawa laporan dan teguran media dapat membantu ahli majlis dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

No comments

Powered by Blogger.