Ambik Kau Noh Omar!

SUNGAI PETANI 22 Julai - Kerajaan Kedah mampu melaksanakan projek-projek pembangunan sektor pertanian dalam negeri walaupun tanpa bantuan dan bajet kerajaan pusat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai keupayaan kewangan yang diperlukan, dan dengan kerjasama serta sokongan semua agensi termasuk pihak swasta, setiap projek yang dirancang tidak akan menghadapi masalah untuk dilaksanakan.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang melarang semua pegawai agensi dan jabatan di bawah Kementerian itu menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Noh memberi alasan arahan itu dibuat berikutan kegagalan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menyumbang kepada dana atau bantuan buat agensi serta jabatan di bawah kementerian itu. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.