Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab kematian Hock

ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.

Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.

No comments

Powered by Blogger.