APAKAH KEMAHUAN AHLI UMNO AKAR UMBI?


APAKAH KEMAHUAN
AHLI UMNO AKAR UMBI?

SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan. Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut. "Kita tidak mahu selepas pilihan raya umum lalu di beberapa tempat dan negeri yang kita kalah, seolah-olah ahli parti sudah tidak bersemangat lagi, Saya percaya perlu ada suntikan baru jadi dengan pendekatan dan modul baru ini saya yakin ini dapat membangkitkan semangat baru di kalangan ahli-ahli parti," kata beliau.


Ulasan Saya :

1. Punca terjadinya orang-orang UMNO lemah semangat dalam berjuangan ada tiga sebab utama sahaja, lain-lain sebab merupakan sebab sampingan sahaja. Sebab utama mengapa ahli-ahli UMNO hilang semangat berjuang adalah seperti berikut :

a. Terlalu lama seseorang ahli UMNO itu memegang sesuatu jawatan, seperti jawatan Ketua Bahagian/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri, menyebabkan rakyat muak dan ahli UMNO akar umbi kecewa kerana di bahagian masing-masing tiada perubahan dari aspek kepimpinan.

b. Kebanyak ahli UMNO kecewa kerana susah untuk berjumpa dengan pemimpim-pemimpin UMNO bahagian, sehingga banyak program dan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

c. Ketua UMNO Bahagian seringkali bersikap prejudis kepada sesiapa sahaja yang disyaki tidak menyokong atau mempunyai pandangan yang berbeza dengannya, maka akibatnya banyak ketua UMNO cawangan yang bagus bekerja tidak diberi perhatian serius dan disisih begitu sahaja. Akhirnya UMNO bahagian tersebut kelihatan tidak bermaya atau bersemangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu, ramai ahli UMNO di peringkat cawangan yang bagus bekerja dan mempunyai banyak idea, tetapi tidak diberi peluang untuk menyumbang tenaga dan kreativiti bagi memantapkan UMNO di bahagian tersebut.

Kesimpulannya, kepimpinan tertinggi parti harus mendengar rintihan hati ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi, manakala ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi pula haruslah tidak malu atau takut untuk berkata benar dan jujur dengan apa-apa yang bergolak dalam UMNO bahagian masing-masing. Wallahualam.

http://azlishukri.blogspot.com/

buat pemimpin Pakatan sila Ambik sebagai Pengajaran Untuk kita hancurkan umno!

No comments

Powered by Blogger.