awat jadi sewel pemuda umno kelantan..gila nak wat laporan polis!
Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap akhbar PKR Suara Keadilan berhubung kenyataan yang disifatkan satu penghinaan terhadap institusi perundangan negara.
Aduan itu dibuat oleh ketua pergerakan itu Anuar Safian di balai polis Kota Bharu pada 11.15 pagi berhubung berita "Tiada Bukti: Pemuda Pakatan Rakyat desak pertuduhan Anwar digugur segera" dalam edisi terbaru akhbar berpengaruh itu.
Menurut Bernama, Anuar yang diiringi kira-kira 20 anggota Pemuda Umno berkata, kenyataan yang disiarkan akhbar terbabit yang menggesa agar pertuduhan liwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan "seperti memperlekehkan martabat serta institusi kehakiman dan perundangan negara."
"Kes itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada keadilan dan ketelusan badan dan institusi kehakiman negara," beliau dipetik berkata.
Tambahnya, penyerahan memorandum kepada wakil Peguam Negara di Putrajaya yang dilakukan Pemuda Pakatan Rakyat juga secara terang-terangan telah mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara sedangkan proses perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bermula esok.
Justeru, katanya, Pemuda Umno memohon polis menjalankan siasatan terhadap Suara Keadilan, Angkatan Muda PKR, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP.
Menurut laporan tabloid itu, memorandum yang ditujukan kepada ketua pendakwaan kes tersebut Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggesa kes liwat dibatalkan berdasarkan laporan perubatan Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur.
"(Laporan) ini membuktikan tidak ada perlakuan jenayah liwat sama sekali" sebagai mana yang didakwa oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, akhbar itu memetik kenyataan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin.
"Pemuda Pakatan Rakyat yakin pendakwaan terhadap Anwar didalangi oleh pihak atasan, dan institusi awam diperalatkan sekali lagi untuk mensabitkan Anwar atas tuduhan yang direkacipta," laporan di halaman lima edisi 30 Jun-7 Julai dipetik.

No comments
Post a Comment