BN Bukti Ketelusan ? Betul Ke Najib Telus?

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Keputusan kabinet semalam yang mahukan supaya satu inkues diketuai seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, minggu lalu membuktikan ketelusan dan keseriusan kerajaan dalam menangani kes tersebut.

Dengan kewajaran bahawa mangsa yang terlibat iaitu mendiang seharusnya mendapat pembelaan, sesungguhnya penubuhan Suruhanjaya Diraja ini akan menjadi titik tolak kepada kebenaran termasuk dalam mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM.

Ia adalah bertujuan bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang serta memastikan kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan bahawa Kabinet mahukan siasatan ke atas tragedi tersebut dilakukan secara menyeluruh dengan janji bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi menzahirkan kebenaran.

sumber


hallo bro.. ala baiknya najib? kahkahkahkah... banyak lagi benda yang najib perlu buat. memang kaki bodek la puak umno ni. apa kes kezaliman yang kerajaan pusat buat kepada kerajaan tok guru nik aziz? hallo bro cepatnya najib di nampak bersih? isa macam mana bro? jangan nampak yang kecik padahal najis penuh diekor hang najib!

No comments

Powered by Blogger.