DAP Youth: PAS Youth did not mention this




DAP melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Dewan Pemuda PAS menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah itu yang didakwanya dilakukan tanpa mendapat persetujuan peringkat Pemuda Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, tindakan Pemuda PAS itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat memandangkan Pakatan secara jelas telah menolak sebarang perbincangan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Saya terkejut dengan wacana ini walaupun PAS mempunyai hak (untuk mengadakannya), sebagai rakan dalam Pakatan, hal ini tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

No comments

Powered by Blogger.