Dedah segera status '18 kes berprofil tinggi'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicabar mengumumkan status kes '18 berprofil tinggi' yang pernah disiasat badan itu sebelum ini.
Iklan




Demikian kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang mengulas kenyataan SPRM yang bakal mendedahkan kes rasuah besar dalam masa terdekat.

Menurut Shamsul Iskandar, SPRM hingga kini masih merahsiakan status siasatan 18 tokoh politik walhal ia menyentuh kepentingan rakyat.

Malah kenyataan yang dikeluarkan SPRM baginya sering bersifat retorik memandangkan di peringkat tindakan ianya amat mengecewakan.

Beliau menyokong penuh langkah SPRM yang kononnya mahu mendedahkan kes rasuah besar membabitkan nama besar dalam negara ini.

Namun, katanya beliau masih sangsi akan siasatan yang bakal dilakukan tidak akan didedahkan kerana menjaga kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Anti Raruah Malaysia (Gerak), Mohd Nazree Yunos pula menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha penyiasatan yang telah dijalankan SPRM berhubung kes rasuah besar.

Beliau mahu kes besar ini ini dapat didedahkan kepada umum dengan segera dan disusuli dengan pendakwaan berasaskan bukti-bukti kukuh tanpa ada bentuk-bentuk pendakwaan terpilih.

Ujar Mohd Nazree pihaknya yakin bahawa pendedahan kes besar yang bakal diumumkan kelak akan meliputi kes-kes yang berkepentingan rakyat seumpama yang melibatkan Syarikat Berkepentingan Kerajaan GLC, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin politik dan juga projek-projek mega seumpama dakwaan korupsi dalam PKFZ ataupun pembinaan MRR2.

"Jika ada bukti yang jelas perasuah tersebut perlu didakwa segera," tegasnya. -

No comments

Powered by Blogger.