Ean Yong Beri Keterangan Kepada Polis Di Pejabatnya

SHAH ALAM, 22 Julai - Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung siasatan kes kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

ASP Mohd Amirul Abdullah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam tiba di pejabat Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah kira-kira jam 3.30 petang.

Ean yang ditemani dua peguamnya, K.P. Wong dan Manoharan memberi keterangan di bilik perbincangan Ean selama tiga jam.

Manoharan kemudiannya dibawa ke bilik Pembantu Exco, Ng Suee Lim bersama Setiausaha Sulit kepada Ean, Hiew Kim Boon untuk disoal siasat oleh ASP Mohd Amirul yang tiba kira-kira jam 3.55 petang.

Kim Boon juga dipercayai antara individu yang menghubungi mendiang Teoh sehari sebelum beliau ditemui mati di bangunan Plaza Massalam, Shah Alam, Rabu lalu. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.