Fuh Utusan Malaysia Kata Nik Aziz Boleh keluar Fatwa?

KOTA BHARU 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menjawab cabaran daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan Nik Abdul Aziz yang dianggap sebagai 'ulama besar' dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

"Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya.

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.


fuh. dulu bukan main lagi bila tok guru bagi nasihat kamu tak mau dengar mb haram oit. sekarang nak cari tok guru la pulak. apa kes? kahkahkah.... patut la muka sekarang nampak putih sikit. mesti dah dah pandai dengar kata tok guru kahkahkah. ambik hang sebiji penangan tok guru! padan muka. pegang la benda haram tu!

No comments

Powered by Blogger.