Gas Kelantan: Ahli Parlimen Kelantan Akan Lawat Pelantar
30 orang yang terdiri dari anggota Parlimen dan ADUN di samping para wartawan dan pemimpin masyarakat akan dibawa melawat pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan 4 Ogos ini.
Turut dipelawa menyertai rombongan itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar.
Menurut maklumat Siasah, rombongan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui EXCOnya, Datuk Husam Musa.
Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran gas dan minyak berlaku di kawasan pertindihan antara Kelantan dengan Thailand.
Mereka dijangka akan menaiki sebuah kapal nelayan laut dalam dan bakal mengharungi laut China Selatan selama 12 jam sebelum sampai ke pelantar minyak itu.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa oleh Husam sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dari perairan Kelantan.
Oleh itu, sebagaimana Terengganu dan Sabah, kerajaan negeri Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.
Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak rakyat negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.
Sumber - SIASAH

No comments
Post a Comment