Gempar! Selepas pemimpin MIC, pemimpin Gerakan pula bakal sertai PR?



Penggantungan Naib Presiden Gerakan kekal

KUALA LUMPUR: Penggantungan selama tiga tahun yang dikenakan terhadap naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan kekal.

Jawatankuasa Pusat (CC) parti, pada mesyuaratnya hari ini, tidak menyemak tindakan gantung itu yang dikenakan terhadap Huan pada 31 Mei oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sebaliknya CC memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai tiga pemimpin veteran untuk menyemak kes itu dan memantau kelakuan Huan dari sekarang dan mencadangkan kepada CC sebarang tindakan yang sesuai.

"Jawatankuasa khas ini boleh menerima dan mendengar representasi. Kecuali ia memutuskan untuk berbuat demikian lebih awal, jawatankuasa akan membuat semakan berkala dan melapor kepada CC setiap enam bulan," kata Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa khas itu, diketuai bekas setiausaha agung parti Tan Sri Chan Choong Tak dan dianggotai bekas naib presiden parti Ng Lip Yong dan veteran parti yang juga anggota CC, Dr Chee See Cheok.

Teng berkata, CC pada mesyuarat itu turut mengarahkan semua anggota tidak membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu dan perkara lain berkaitan parti dan perlu menyalurkan sebarang pandangan dan maklum balas melalui saluran yang betul dalam parti.

No comments

Powered by Blogger.