hebat polis malaysia! gagal tangkap taksin! puuihhh!!

Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya Thaksin Shinawatra berjaya melarikan diri daripada polis Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata timbalan
menteri dalam negeri Thailand.

Thaworn Sennian berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La, lapor Bernama.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," Thaworn dipetik berkata di Pattani hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden itu berlaku.

Menurut agensi berita itu lagi, selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji.

Bekas anggota polis yang kemudiannya menjadi jutawan telekomunikasi memerintah Thailand selama lima tahun sebelum kerajaannya ditumbangkan dalam rampasan kuasa tentera pada 19 September 2006 semasa beliau menghadiri perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau kembali ke Thailand untuk tempoh yang singkat tahun lepas sewaktu sekutunya memenangi pilihanraya pada Disember 2007, dan kemudiannya menjadi pelarian dalam usaha melepaskan diri daripada menjalani hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menyalahguna kuasa.

Dua perdana menteri selepasnya yang dikatakan menyokong beliau terpaksa melepaskan jawatan dan parti mereka pula kehilangan kuasa kepada kerajaan pakatan yang diketuai oleh parti Demokrat, yang diterajui perdana menteri Abhisit Vejjajiva.

Thaksin kemudiannya merantau antara rumahnya di luar negara
seperti London, Dubai, Hong Kong dan baru-baru ini di Jerman, menggunakan pelbagai pasport negara luar selepas pasportnya dibatalkan oleh kerajaan Thailand.

No comments

Powered by Blogger.