Himpunan ISA: TGNA & TGHA boleh hadir, anda bagaimana?
Dua himpunan besar sebelum ini, Bersih dan Mansuhkan PPSMI tidak dapat dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana keuzuran. Namun kali ini tekad beliau nampak penuh semangat.
Dalam Malaysiakini semalam, beliau mengesahkan akan hadir. Beliau akan memimpin himpunan ini bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi awang.
Tok Guru Hj Hadi sebelum ini memegang mandat memimpin Himpunan Bersih dan PPSMI. Walaupun ditembak dengan gas pemedih mata hingga bercucuran air mata beliau namun itu sedikit pun tidak menghalang beliau untuk kembali sekali lagi memimpin himpunan mega rakyat.
Kali ini Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos akan dipimpin oleh 2 Tok Guru besar ini dan InsyaAllah kita memohon keselamatan buat mereka dan para demontran.
Saya akan pastikan Unit Amal Wilayah akan menjaga 2 Tok Guru ini. Itu tanggungjawab kami, pemudawilayah.
Anwar juga khabarnya akan hadir, begitu juga dengan Lim Kit Siang. Pastinya ini satu himpunan besar yang menarik selepas Bersih. Semasa PPSMI dulu hanya pimpinan PAS sahaja yang kelihatan.
Kali ini lebih ramai lagi pimpinan lain akan hadir. Pemuda Gerakkan juga nekad untuk hadir walaupun bakal menerima ugutan dan kecaman dari Pemuda BN.
Jika mereka semua boleh hadir, bagaimana dengan anda? pastikan anda hadir 1 Ogos untuk Himpunan Mansuhkan ISA di Sogo, Masjik Jamek dan Masjid Negara untuk kita berarak ke Istana Negara.
Jangan pergi ke Pasar Seni dan Dataran Merdeka kerana disana penyokong Akta ISA akan berhimpun pada hari yang sama.
Ajak kawan dan saudara mara anda, pakai baju merah/hitam sebagai lambang soladariti dan bantahan kita terhadap akta zalim ini!

No comments
Post a Comment