Hujjah Umno menyeleweng dari Islam! - Dato' Harun Taib

DALAM satu wawancara di antara Rasulullah SAW dengan setiausaha sulitnya Huzaifah Al-Yamani antara lain, berkata Huzaifah: "Orang selalu bertanya nabi akan kebaikan tetapi aku bertanya baginda tentang keburukan, kerana aku bimbang akan terjerumus kedalamnya. Aku (Huzaifah) bertanya: "Wahai Rasulullah kami dahulu nya berada dalam kejahilan dan keburukan, maka lalu Allah mendatangkan kami kebaikan ini (Islam). Maka apakah selepas kebaikan ini akan berlaku keburukan pula?" Rasulullah saw menjawab: "Ya (berlaku pula keburukan)",

Maka aku bertanya lagi: "Apakah selepas keburukan itu ada pula kebaikan?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, akan tetapi di dalamnya (kebaikan itu) ada lagi keburukan yang terpendam". Huzaifah bertanya lagi: "Apakah yang dikatakan keburukan yang terpendam itu wahai Rasuluilah?". Rasulullah bersabda: "Terdapatnya suatu kaum yang tidak lagi mengikuti sunnah aku dan tidak pula menerima pakai hidayah dan petunjuk yang aku bawa. Kamu kenal mereka dan kamu mencegahnya", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah selepas kebaikan itu berlaku pula keburukan?", Rasulullah saw menjawab: "Ya, Kamu akan dapati para pejuang yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam. Sesiapa yang mengikut mereka akan diheret ke dalam neraka", Huzaifah berkata lagi: "Beritahu kami ya Rasulullah apakah sifat sifat mereka itu?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka dari keturunan kita dan bercakap dalam bahasa kita", Huzaifah bertanya lagi: "Apakah arahan kamu kepada kami jika keadaan itu menimpa kami?", Rasulullah saw bersabda: "Kamu wajib bersama-sama jemaah muslimin dan kepimpinan mereka". Huzaifah bertanya lagi: "Jika pada waktu itu tidak ada jemaah muslimin dan tidak ada pula pimpinan mereka?". Rasulullah SAW pula bersabda: "Maka hendaklah kamu mengasingkan diri daripada kumpulan-kumpulan itu semuanya (kumpulan yang tidak menerima pakai sunnah Rasulullah saw dan kumpulan yang sedang berada diambang pintu neraka jahanam) walaupun (dengan sebab itu) kamu terpaksa memakan akar-akar kayu sehingga kamu mati dalam keadaan begitu. - (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Satu pertanyaan, apakah keburukan yang disebut oleh nabi SAW benar benar berlaku pada hari ini? Sebelum saya menjawab soalan ini, ingin saya menarik perhatian bahawa Allah SWT bukan sahaja menjadikan kita, tetapi ia juga menciptakan segala yang diperlukan oleh kita untuk kita hidup di atas dunia ini.

Allah SWT lah yang mencipta udara, matahari, bulan, bintang, air, api, tanah, sumber makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya adalah untuk keperluan hidup jasmani kita.

Sementara itu, Allah SWT juga telah mengariskan panduan bagi kehidupan kita di atas muka bumi ini. la tidak membiarkan kita hidup di bumi ini secara meraba-raba samada cara menghubung diri dengan Allah SWT sebagai pencipta mahupun dalam hubungan sesama makhluk iaitu hubungan dengan manusia, hubungan dengan haiwan, dengan tumbuh tumbuhan dan sekelian makhluk yang lain. Apakah yang wajib kita lakukan, manakah yang wajib kita jauhkan diri daripada melakukan dan apa puia yang hamu kita lakukan.

Dalam perkara wajib, haram, harus dan Iain-lain tidak boleh kita mencari secara meraba raba. Malah Allah SWT telah memberi panduan supaya kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah RasulNya (SAW).

Perkara ini jelas apabila kita rujuk kepada ayat yang pertama daripada surah al-Hujurat yeang bermaksud: "Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu amat mendengar lagi amat mengetahui". - (Al-Hujarat:1)

Begitu juga keadaannya bila kita merujuk kepada sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-dua nya itu. Iaitu kitab Allah dan Sunnah RasulNya". - (Hadis riwayat Imam Malik)

Di dalam surah Al-Imran ayat 110 antara lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik baik ummat yang diwujudkan oleh Allah dikalangan manusia, kamu menyuruh berbuat yang maaruf, kamu mencegah melakukan yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah". - (Ali Imran: 110)

Melalui ayat-ayat tersebut Allah SWT dengan jelasnya menyatakan bahawa kita umat Muhammad saw ini dikira sebaik baik umat atas tiga faktor: Beriman kepada Allah, menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

Sementara yang maaruf itu ialah yang dikira baik oleh Allah manakala yang mungkar pula ialah yang dikira mungkar oleh Allah. Tetapi masih terdapat kaum yang tidak menerima pakai lagi sunnah nabi dan pertunjuk yang dibawa oleh baginda.

Sebagai contoh, jelas kepada kita di mana Umno tidak mengambil dan menggunapakai sunnah dan petunjuk yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi, pendidikan, undang undang, sosial, pemerintahan dan sebagainya.

Oleh kerana itu jelas sekali perjuangan di dalam UMNO adalah bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW. Di dalam Al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam,..." - (Ali Imran: 19)

Tidak pemah berlaku di dalam sirah perjuangan para Nabi dan para Rasul AS. tindakan seperti yang dilakukan kerajaan hari ini yang diterajui oleh Umno di mana pemimpinya menahan dan memenjarakan sebahagian daripada rakyat Malaysia dengan sewenang wenangnya dibawah akta ISA tanpa sebarang pembicaraan dan pembelaan diri.

Dalam hal ini kerajaan yang dipimpin Umno tidak melaksanakan hukum Allah dalam banyak perkara. Tidak melaksanakan hukum Allah itu adalah sebahagian daripada kezaliman. Firman Allah Yang bermaksud: "dan sesiapa yang tidak menjalankan hukum Allah maka ia adalah tergolong ke dalam golongan orang-orang yang zalim". - (Al-Maidah: 45)

Adapun kenapa kita mesti menolak Umno, berdasarkan hadis yang saya utarakan di awal bicara ini dengan jelas menyatakan "kamu hendaklah memisahkan diri kamu dari kumpulan-kumpulan itu (kumpulan yang tidak lagi menghayati sunnah dan hidayahku). Dalam hadis yang lain nabi juga bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt". - (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Ditulis Oleh DATO' HARUN TAIB
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

No comments

Powered by Blogger.