Ibrahim Ali, Eloklah Kau Rujuk Balik Dengan UMNO

Nampaknya Ibrahim Ali dan tak tentu arah apabila mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Biasanya kalau orang dah gila talak memang macam tu. Selaku Presiden Orang Atas Pagar (Perkasa ) tapi kalau dapat 'offer' UMNO agak-agaknya lompat jugak. Ibrahim Ali mengugut akan menimbulkan huru-hara sekiranya Himpunan Mansuhkan ISA tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.

Ibrahim Ali juga mengeluarkan kenyataan sekiranya Himpunan Mansuhkan ISA tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas ke atas mereka. Siapa Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan tersebut ? Adakah dia mempunyai 'access' dalam UMNO sehingga berani mengeluarkan kenyataan tersebut ? Ataupun memang Ibrahim Ali dan masuk UMNO tapi malu-malu kucing pulak.

Sebenarnya beliau lupa UMNO telah mengenepikan beliau semasa pemilihan Ketua Bahagian Pasir Mas walaupun beliau menang secara 'jantan' dalam pemilihan tersebut. Memang Melayu UMNO mudah lupa. Semacam tu di perlakukan oleh UMNO mahu juga menyokongnya, apalah kau Ibrahim Ali...kenapa lah kau tak serik-serik ? Dikhabarkan juga, Ibrahim Ali menjadi agen pemberi wang UMNO untuk pengundi di pilihanraya kecil di Manek Urai. Jiklalau macam tu, kenyataan Ibrahim Ali memang tidak boleh 'dipakai'. Sebenarnya kenyataan Ibrahim Ali ini sudah tidak didengar oleh masyarakat kerana beliau sendiri tak berpendirian.

Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 di Parlimen Pasir Mas yang lalu, sanggup mengeluarkan kenyataan yang PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi negeri Kelantan. Ibrahim juga menganggap sepanjang PAS menerajui Kelantan, banyak perkara boleh dipersoalkan daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri yang menurut beliau tidak menampakkan sebarang kesan. Jenis manusia macam Ibrahim Ali ini eloklah rujuk balik kepada UMNO kerana daripada spesis yang sama iaitu "cakap tak boleh di pakai". Sedangkan Tok Guru Nik Aziz pun beliau 'belit', ini pulak kan kita...

Oleh : addin

No comments

Powered by Blogger.