Ibrahim Ali Lawan Tok Guru Nik Aziz! Demo Anti ISA!

Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian, penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), pada 1 Ogos ini dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara", kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya semalam seperti dipetik Berita Harian bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara."

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.

"Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.