Isteri Noordin Mat Top ditahan: TV

JAKARTA: Seorang daripada isteri militan paling dikehendaki di Asia Tenggara ditahan untuk soal siasat selepas pengeboman dua hotel mewah di ibu negara Indonesia yang membunuh tujuh orang, lapor stesen televisyen tempatan.

Polis antikeganasan menahan Ariana Rahma, yang berkahwin dengan Noordin Mohammad Top, lapor TVOne dan MetroTV tanpa menyatakan sumber.

Polis mahu membawa beliau ke Jakarta di mana pengeboman berani mati di JW Marriott dan Ritz-Carlton meragut tujuh nyawa, termasuk enam warga asing Jumaat lalu.

Tiada suspek rasmi dinamakan tetapi pakar keganasan menyalahkan Jemaah Islamiyah terhadap keganasan terbaru itu. - AP

No comments

Powered by Blogger.