Isu Air: Kerajaan Negeri puas hati rundingan

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berpuas hati dengan rundingan mengenai pengambilan semula pengurusan air di negeri ini.
Iklan




Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan, kerajaan negeri pada dasarnya berpuas hati dengan perkembagan terkini proses perundingan pembelian semula aset air daripada empat buah syarikat konsesi dalam usaha penstrukturan semula industri air.

Katanya, Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass) telah bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri sebanyak RM946 juta. Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada Abass.

"Keputusan ini dibuat kerana bagi membolehkan kerajaan negeri memberikan perkhidmatan air yang lebih baik serta murah kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Rundingan bersama dua syarikat konsesi yang lain iaitu Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Bekalan Air Sdn. Bhd. (Syabas) masih dalam proses dan Kerajaan negeri berharap dapat mencapai penyelesaian dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri akan menyelesaikan isu-isu sub-kontrak yang melibatkan Splash sementara Syabas menantikan keputusan daripada kerajaan persekutuan berhubung dengan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri," katanya.

Setakat ini yang pasti katanya, hanya Puncak Niaga Holding menolak tawaran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak akan melemahkan kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha penstrukturan semula industri air di Selangor.

"Kerajaan Negeri melalui jawatankuasanya akan berbincang langkah seterusnya dalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Walaupun banyak isu teknikal yang perlu diatasi kerajaan negeri tetap berpandangan positif terhadap keputusannya," ujar beliau dalam satu kenyataan.

No comments

Powered by Blogger.