Isu kedah:Pantun seloka 'babi'

SELOKA BABI.

Seloka kali ni pasai babi
kisah terjadi di negeri sendiri
cerita dah riuh serata negeri
babi pula menjadi selebriti.

Dalam surat khabar atau di tv
berita disiar berulang kali
dalam internet riuh sekali
dahsyat lagi di kedai kopi.

Ada yang kutuk ada yang keji
ada yang puji ada yang maki
ada yang meloko berdiam diri
pasai dah dapat makan free.

Pasai babi kena ambik peduli
jangan dok hebat atas kerusi
silap haribulan tak dapat undi
kalah pilihanraya teriak balik guri.

DAP marah anjur demontrasi
sanggup berjemur di panas matahari
tenguk FRU mai dengan lori
depa tak hairan pasai dah mangli.

Dari pagi sampai tengahari
DAP dok halang tak bagi jadi
pekerja MBAS tak ambik peduli
pasai tak ada arahan MB.

Arahan Tilong depa patuhi
pesan Mat Cik Nai jangan lari
kalau kali ni pun kerja tak jadi
salah seorang mesti gila babi.

Jengkaut tak kira kayu dan besi
Habis disodok menyembah bumi
Bulldozer tolak himpun ke tepi
kering nanti boleh cucuh api.

Tamatlah sudah isu sensasi
penduduk sekitar senang hati
masuk tidur semerbak wangi
bangkit pagi pun tak bau babi.

Cuma DAP berkecil hati
ungkit habis perangai MB
apa diminta semua tak bagi
buat DAP macam anak tiri.

PAS buat onar dah banyak kali
DAP kata tak boleh jadi
lalu merajuk membawa diri
keluar pakatan kerana babi.

DAP sangka MB nak simpati
rupanya MB cukup keras hati
macam halau suruh pi lagi
pasai DAP tak kenang budi.

Dahsyat jugak isu kali ni
hebat dari selsema babi
pemimpin PAS tak sedap hati
takut hilang lagi satu negeri.

Azizan kata bergaduh laki bini
hari ini lari esok balik lagi
Anwar Berahim tumpang sekaki
salahkan media bagi publisiti.

Cerita seloka tak habis di sini
banyak lagi isu sensasi
salah silap harap diampuni
di lain ketika berjumpa lagi.

Pak Ku Shadat sudah pun mati
moga rohnya Tuhan rahmati
Cucu Tok Nadoq jadi pengganti
seni warisan sama dihargai.


Dari kepala otak:-

Ekeng a/l Etong
Cicit Tok Nadoq

No comments

Powered by Blogger.