Jawatan Presiden Indonesia sah milik Susilo

JAKARTA 24 Julai - Pengiraan terakhir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan Susilo Bambang Yudhoyono kekal sebagai Presiden Indonesia.

Keputusan pilihan raya presiden yang diumumkan hari ini melalui laman web suruhanjaya itu menunjukkan Susilo memperoleh 61 peratus undi, dua kali ganda berbanding saingan terdekatnya.

Susilo akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober ini dan akan berkhidmat selama lima tahun lagi sehingga 2014.

Bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri menduduki tempat kedua dengan memperoleh 27 peratus undi, diikuti oleh Naib Presiden Jusuf Kalla yang mengetuai parti Golkar.

Sebanyak 121 juta undi dikira berdasarkan pilihan raya presiden yang diadakan pada 8 Julai lalu. - AP

No comments

Powered by Blogger.