Jui Meng letak jawatan Pengerusi MCA Bakri
KUALA LUMPUR 16 Julai - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang.
Setiausaha MCA Bahagian Bakri, Kelvin Lim berkata, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian tersebut malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.
“Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Chua, 64, merupakan pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun.
- BERNAMA
No comments
Post a Comment